Drama Bidaah: Dua Babak Dipotong, Erma Fatima Terima Teguran JAKIM

Kontroversi melibatkan babak dalam drama bersiri Bidaah akhirnya selesai selepas JAKIM mengarahkan dua adegan yang dianggap tidak sesuai untuk dipotong. Penerbitnya, Erma Fatima, menerima keputusan tersebut dengan terbuka dan mengakui kesilapannya dalam menampilkan babak yang mencetuskan perdebatan di kalangan masyarakat.

Menurut Erma, pihak JAKIM telah meneliti keseluruhan jalan cerita drama ini sebelum membuat keputusan. Dua adegan yang diarahkan untuk dipotong ialah babak Vanidah Imran, yang memegang watak Ummi Rabiatul, menyentuh janggut Faizal Hussein (Walid) menggunakan kaki, serta adegan Fazlina Ahmad Daud meminum air basuhan dan mencium kaki Faizal.

"Saya bersyukur kerana JAKIM menilai drama ini secara menyeluruh dan bersikap rasional dalam teguran mereka. Saya akui ada keterlanjuran dalam menampilkan babak tersebut, dan saya menerima teguran ini dengan hati terbuka," katanya.

Walaupun akur dengan keputusan JAKIM, Erma tidak dapat mengelak daripada mempersoalkan mengapa karyanya sering mendapat kritikan sedangkan banyak lagi drama dan filem lain yang memaparkan kisah ajaran sesat tanpa menerima reaksi yang sama.

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan