Filem Jepun memang ada daya tarik yang tersendiri. Penceritaan yang unik dan emosi mendalam dalam setiap karya menjadikan filem-filem Jepun sentiasa ditunggu-tunggu, tak kira apa genrenya.
Kali ni, admin nak kongsikan 5 filem Jepun untuk tontonan dewasa. Tema dalam filem-filem ni agak berat, dari isu hubungan, kekerasan, hingga kehidupan yang penuh konflik.
Semua filem ni boleh ditonton secara sah di Netflix.
1. Call Me Chihiro
pakaian paling seksi untuk hangatkan malam suami:>>> https://s.shopee.com.my/7UzIyTy8ta
Filem tahun 2023 ni bercerita tentang Chihiro, seorang bekas pekerja seks komersial yang lakonan mantap Kasumi Arimura. Diadaptasi daripada manga Chihiro-san, filem ni mengisahkan perjalanan hidup Chihiro yang singgah di sebuah bandar tepi laut untuk makan tengah hari. Dia jatuh cinta dengan suasana bandar tu, terus tinggal dan bekerja di sana. Menariknya, Chihiro tak sorok identiti atau masa lalunya, malah dia dapat berhubung dengan orang-orang di sekelilingnya dengan jujur.
2. Parasite in Love
facemask paling lawa dan stylo:>>> https://s.shopee.com.my/7pc9NDBIj3
Diambil daripada novel Koi Suru Kiseichu oleh Sugaru Miaki, filem ni tentang dua individu dengan fobia masing-masing. Kengo Kosaka (lakonan Kento Hayashi) menghidap misofobia – takut melampau pada kotoran dan kuman, yang buatkan dia susah nak rapat dengan orang. Dia kemudian jumpa Hijiri Sanagi (lakonan Nana Komatsu), seorang gadis yang ada scopofobia – takut dilihat orang lain. Apa yang berlaku bila dua orang dengan ketakutan yang berbeza ni mula kenal antara satu sama lain?
3. A Family
diari untuk keluarga korang:>>> https://s.shopee.com.my/1Vi5pgB8Rt
Cerita ni fokus pada Kenji, seorang lelaki yang membesar dalam dunia yakuza. Lakonan Go Ayano, Hiroshi Tachi, dan Machiko Ono memang hidupkan watak-watak dalam filem ni. Kenji berjanji setia pada pemimpin yakuza dan ikut semua peraturan ‘keluarga’ tu. Tapi, hidup sebagai yakuza tak seindah yang disangka, banyak konflik dan dilema yang dia kena hadap.
4. Hell Dogs
kolar anjing comel :>>> https://s.shopee.com.my/8pUgZGbvD9
Filem ni diarahkan oleh Masato Harada dan mengisahkan Shogo Kanetaka (lakonan Junichi Okada), seorang polis yang trauma lepas kehilangan orang tersayang. Dengan dendam di hati, dia menyamar jadi anggota yakuza dan bertemu Hideki Murooka (lakonan Kentaro Sakaguchi). Yang buat cerita ni menarik, Shogo mula nampak persamaan antara dirinya dengan Hideki, dan itu buatkan semuanya jadi lebih rumit.
5. The Violence Action
rambut palsu sexy :>>> https://s.shopee.com.my/7pc9NU4z46
Kalau suka aksi bercampur komedi, filem ni untuk korang. Diadaptasi daripada manga Violence Action, filem ni mengisahkan Kikuno Kei, seorang pelajar vokasional yang ada kerja part-time sebagai pembunuh upahan. Kikuno memang cekap dalam kerjanya, tapi satu tugasan besar yang dia dapat mengubah seluruh perjalanan hidupnya.
Semua filem ni bukan sekadar hiburan, tapi ada mesej dan kisah mendalam yang pasti buat korang fikir panjang. Kalau nak cari filem Jepun yang berbeza daripada biasa, bolehlah cuba salah satu daripada senarai ni! 🎥
===========================
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan