Pengarah Respon Tentang Kutipan Filem 'Tafa'kur' Terendah Dalam Sejarah Perfileman 2024!

Filem indie lakonan Sasqia Dahuri, Syazani Ziky dan Luqman Hafidz kini menjadi filem dengan kutipan paling rendah bagi tahun 2024. Menurut sumber Filemkita, filem ini hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5778.55 sahaja sepanjang tayangan. 

Filem yang diarahkan oleh Feizal Azizuddin ini ditayangkan di pawagam semenjak 19 September lalu.

nak bertafakur, kena ada barang ni: https://s.shopee.com.my/9pMUj10b22

Menerusi satu post di laman Suka Filem, pengarah filem ini turut serta memberi komen balas kepada netizen yang turut memberi pendapat mereka tentang kegagalan filem berkenaan. 

Salam semua. Saya pengarah filem Tafakur. Betul, filem kami kutipan kurang. Inilah pertama kali kami hasilkan semua sendiri - dari kewangan, terbitan dan edaran. Memang susah untuk untung dari box office tetapi kami cuba, dan insyaAllah akan cuba lagi sampai kami berjaya. Filem kami akan masuk Astro First pada 24hb Okt. Harap semua boleh sokong. Sekian. 😊 

Filem ini bakal ditayangkan di Astro First mulai 24 Oktober dan para penonton yang tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam, boleh langgan di sana. 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan