Kenapa 'Telekinesis' Arahan Syafiq Yusof Tak Ditayangkan Di Pawagam

Selepas Sheriff, Syafiq Yusof muncul dengan filem terbarunya, Telekinesis. Filem ini merupakan naskah yang berbeza daripada pengarah muda itu kerana bergenre si fi. Semenjak ditayangkan di Astro First dan Sooka semenjak 10 Oktober lalu, ramai netizen bertanyakan kenapa filem ini tidak ditayangkan di pawagam seperti filem filemnya yang lain.

Suka Filem sempat bertanyakan Nazifdin Nasrudin, penulis skrip bagi filem berkenaan berkenaan hal ini. Menurutnya, filem ini dihasilkan dengan menggunakan Dana Program TV/OTT dari Finas dan hanya untuk tayangan di platform OTT ataupun TV sahaja.

OTT ataupun Over-The-Top merupakan tayangan filem di laman laman penstriman. Oleh itu, disebabkan filem ini dihasilkan dengan kerjasama Astro, ianya ditayangkan secara esklusif di Astro First dan Sooka.

Ini merupakan filem ketiga arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan di Astro First. Sebelum ini, Penunggang Agama dan sekuelnya turut ditayangkan secara esklusif di Astro First.


Telekinesis mengisahkan pergolakan antara NTSF dan TLM yang mana dihalang oleh seorang lelaki misteri bernama Helang.

Filem ini dibintangi oleh Beto Khusyairi, Yusuf Bahrin, Aman Graseka dan ramai lagi. 

Catat Ulasan

0 Ulasan