Trailer 'Thunderbolt' Keluar, Netizen Malaysia Kecoh Bangunan HSBC Medan Pasar Meletup!

Marvel Studios tanpa sebarang pengumuman telah mengeluarkan trailer filem superhero terbaru mereka, Thunderbolt di Youtube. Rata rata penonton yang menonton filem ini teruja apabila filem ini turut menampilkan babak babak yang dilakonkan di Malaysia sekitar Jun yang lalu.


Mahal gila komik Thunderbolt ni: https://s.shopee.com.my/7KeRH5QRiG

Di dalam trailer yang berdurasi 3 minit 25 saat yang sudah pun mendapat tontonan lebih 10 juta ketika artikel ini ditulis, turut ditampilkan babak letupan bangunan HSBC yang terletak di Medan Pasar, Kuala Lumpur.

Sekitar Jun lalu, kecoh juga bahawa penggambaran filem ini menjalani penggambaran di Menara 118. Namun, visual menara tertinggi itu masih belum muncul dalam trailer acah ini. 

Filem yang diarahkan oleh Jake Schreir ini menampilkan pelakon hebat seperti David Harbour, Hannah John-Kamen, Julia Louis-Dreyfus, Sebastian Stan, Wyatt Russell dan banyak lagi.

Ianya akan ditayangkan di pawagam mulai Mei 2025. 

Catat Ulasan

0 Ulasan