KRU Studios Umum Terbitkan Sekuel Duyung Berkisar Lagenda Aurora!

KRU Studios, sebuah syarikat penerbitan yang terkenal dengan inovasi dan kecanggihan dalam industri perfileman Malaysia, baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan sebuah filem baru yang berjudul Duyung: Lagenda Aurora. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Duyung yang ditayangkan pada 2008 berjaya mendapat kutipan lebih RM6 juta ringgit ketika tayangan.



Buat masa ini, pengarah dan juga barisan pelakon masih belum diumumkan. Namun, harapan daripada penonton supaya filem ini berjaya untuk memberikan rasa segar dan juga pengalaman baru dalam dunia sinema.

Filem Duyung yang diarahkan oleh Prof A Razak Mohaideen terkenal dengan teknologi CGI garapan KRU Studios yang menjadikan suasana sekitar perairan Pulau Sipadan, Sabah nampak begitu menakjubkan.

Selain itu, runut bunyi filem ini seperti lagu Aspalela nyanyian Saiful Apek dan Yahoo juga turut malar segar sehingga ke hari ini. 
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan