Enola Holmes: Watak Muda yang Menggoncang Dunia Detektif!

Enola Holmes, si gadis pintar yang pandai menyelesaikan misteri, bukanlah ciptaan Sir Arthur Conan Doyle (pencipta Sherlock Holmes), tetapi datang daripada imaginasi penulis Amerika, Nancy Springer! Ya, Enola Holmes tidak muncul dalam novel asal Sherlock Holmes tetapi merupakan watak baru yang diperkenalkan oleh Springer pada tahun 2006. 


Nancy Springer mencipta watak Enola sebagai adik perempuan kepada detektif terkenal, Sherlock Holmes. Namanya sendiri adalah "alone" jika dibaca secara terbalik—satu simbolik tentang hidupnya yang sering sendirian dan berjuang untuk kebebasan. 

Berapa Banyak Buku Enola Holmes? 

Setakat ini, siri buku Enola Holmes oleh Nancy Springer terdiri daripada 7 novel. 

Buku pertama, The Case of the Missing Marquess, memperkenalkan Enola kepada dunia, dan dari situ, dia terus menawan hati pembaca dengan kecerdasannya. 

Berikut adalah senarai buku Enola Holmes yang ditulis oleh Nancy Springer: 
1. The Case of the Missing Marquess (2006) 
2. The Case of the Left-Handed Lady (2007) 
3. The Case of the Bizarre Bouquets (2008) 
4. The Case of the Peculiar Pink Fan (2008)
5. The Case of the Cryptic Crinoline (2009) 
6. The Case of the Gypsy Goodbye (2010) 
7. Enola Holmes and the Black Barouche (2021) 

Kesemua novel Enola Holmes boleh dibeli di sini:

Trivia Menarik Tentang Enola Holmes: - 

Detektif yang Bergaya Bebas
Berbanding abangnya Sherlock, Enola lebih suka bertindak sendiri tanpa mengikut peraturan ketat. Dia suka menyamar, dan kepandaiannya dalam menyelidik misteri tidak kurang hebatnya daripada Sherlock!


Perjuangannya sebagai Wanita
Enola sering bergelut dengan stereotaip terhadap wanita dalam era Victoria. Dia melawan norma sosial dengan semangat kebebasan dan haknya sebagai individu yang mampu berfikir sendiri. 

Sherlock yang Bukan Sempurna?
Dalam kisah ini, Sherlock Holmes ditunjukkan dari sudut yang berbeza. Dia mungkin genius, tapi adiknya Enola memberi saingan dengan cara yang lebih bersahaja tetapi berkesan. 


Enola Holmes membawa angin segar kepada dunia Sherlock dengan sentuhan yang muda dan berani. Jika anda gemar kisah detektif yang penuh misteri, tetapi dengan twist yang lebih moden dan "sempoi", siri Enola Holmes ini memang kena dengan jiwa!
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan