Beberapa tahun ini, Indonesia kerap menghasilkan filem-filem berkisar tentang kisah adaptasi urban legend yang pernah viral di negara mereka. Munkar tidak ketinggalan diangkat dari kisah kisah tersebut. Walaupun tidak familiar di Malaysia, kisah yang diangkat ada pengajaran dan iktibar yang ingin diberikan. Namun, adakah ianya mampu untuk memuaskan penonton? Ini persoalannya.
Munkar disutradai oleh Anggy Umbara, sutradara di sebalik Vina: Sebelum 7 Hari yang sebelum ini pernah viral buat seketika. Malah, sutradara tersebut juga pernah tampil dengan filem Siksa Neraka yang diharamkan tayangannya di Malaysia. (tonton sini).
Menampilkan lakonan Adhisty Zara, Ratu Sofiya, Saskia Chadwick dan ramai lagi, Munkar berkisar tentang Herlina, seorang gadis di persantren yang sering dibuli. Pada satu malam, Herlina mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Entah bagaimana, Herlina kembali ke persantren dan menghantui pembuli yang melakukan hal demikian kepadanya.
Dari segi cerita, filem ini punya naratif yang agak biasa. Bagi saya, filem sebegini sudah banyak difilemkan di Indonesia dan sebagai penonton Malaysia, ianya ialah kisah yang predictable. Oleh itu, saya mengharapkan bahawa adanya kekuatan dari segi jumpscare.
Namun, jumpscare filem ni juga sedikit mendukacitakan. Terlalu banyak adegan jumpscare yang agak biasa dan tidak begitu menarik. Ada beberapa elemen yang cuba 'mencuit' agama untuk mengajak penonton menonton namun ianya tetap tidak berapa menarik. Sayang sungguh, dengan elemen urban legend yang ditonjolkan, jumpscare filem ini agak kurang menarik.
Walaupun begitu, pujian harus diberikan kepada visual dan kerja teknikal. Di bahagian ini, ianya agak mantap dan lari jauh dari filem filem seram Indonesia yang biasa.
Munkar boleh distrim di Netflix.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan