'Memoir Seorang Guru' Gagal Kutip Lebih Dari RM1 Juta!

Filem yang berkisar tentang guru yang ditayangkan pada 30 Mei 2024 yang lalu bertajuk Memoir Seorang Guru gagal mengutip kutipan lebih dari RM1 juta. Ianya ialah kutipan yang agak mendukacitakan kerana filem tersebut merupakan adaptasi daripada karya novel dengan tajuk sama tulisan Azizi Hj Abdullah.

Menurut sumber Filemkita yang memetik data dari FINAS, kutipan terkini sehingga sekarang ialah RM815 ribu. Ianya ialah kutipan yang agak rendah memandangkan filem ini meletakkan pelakon hebat seperti Rosyam Nor sebagai pelakon utama.

Justeru, dimana silapnya filem yang sebegini? 

Buat masa ini, filem yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini belum ditayangkan di mana mana penstriman popular untuk memberi ruang kepada para penonton meraikannya lagi.

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan