Halle Berry Bagi Sebab Kenapa Dia Tak Join 'Deadpool & Wolverine'

Filem Deadpool & Wolverine menampilkan banyak kemunculan mengejutkan, tetapi satu penampilan yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat – Halle Berry sebagai Storm – tidak berlaku. Halle Berey memainkan watak Storm dalam tiga filem asal X-Men!


Walaupun ramai bintang lama kembali, Halle Berry tidak terlibat, dan sebabnya sangat mudah: Ryan Reynolds tidak memintanya. 

Menurut ComicBook.com, Berry sedia untuk kembali sebagai Storm jika diminta. Ketika ditemui di acara karpet merah untuk filem The Union yang akan ditayangkan di Netflix pada 16 Ogos, Berry mendedahkan satu-satunya orang yang bertanya tentang kemunculannya ialah Blake Lively, isteri Reynolds. 

"Blake [Lively] pernah tanya saya di pertunjukan fesyen Marc Jacobs, dia tanya, 'Adakah anda akan muncul dalam filem suami saya sebagai Storm?' Saya jawab, 'Ya, jika dia minta,' tetapi dia tak pernah minta." 

Bra untuk naikkan bentuk 'betik' anda:

Peminat yang mengharapkan pertemuan semula antara Storm dan Wolverine pasti kecewa dengan ketiadaan Berry. Tahun lepas, Berry memuat naik gambar di media sosial X (dahulu Twitter) yang menunjukkan perubahan warna rambutnya, membuat ramai berfikir dia akan kembali sebagai Storm.


Tetapi, nampaknya harapan itu tidak menjadi kenyataan kerana Reynolds tidak mengambil langkah mudah untuk meminta Berry terlibat. Mengapa Reynolds tidak memanfaatkan peluang ini? Itu masih menjadi tanda tanya. Apa pun, ia menunjukkan bagaimana keputusan kecil boleh membuat perbezaan besar dalam memuaskan hati peminat.
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan