Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol Air Mahal Di Set Penggambaran?

Tingkah laku lelaki yang sering menyatakan dirinya sebagai lelaki paling kuat bekerja di dalam pasukannya kini nampaknya bakal dirosakkan. Dwayne Johnson dilaporkan menimbulkan pelbagai hal dan masalah di set penggambaran filem terbarunya, Red One.



Filem tersebut yang dijadualkan tayang di penstriman Prime Video pada Disember 2023 ditunda ke November 2024 atas pelbagai sebab. Malah, kos pembikinan meningkat sehingga USD50 juta disebabkan tingkahlaku Dwayne Johnson yang lambat ke set penggambaran. 

Menurut sumber The Wrap, antara perkara yang sering diceritakan kru penggambaran filem filem terdahulu ialah bagaimana Dwayne Johnson kencing di dalam botol air Voss (rupa botol air) di set penggambaran filem filemnya.

Tingkahlaku kencing dalam botol ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Dwayne sendiri mengakui bahawa dia perlu kencing banyak kali dalam sehari untuk kekal terhidrat. 

Selain itu, Dwayne Johnson dilaporkan tidak mahu bekerja lebih dari empat atau lima jam sehari dan kerap menjadi orang yang mengawal keadaan. 

Namun, untuk filem Red One, penerbit filem ini menafikan tingkahlaku sebegitu berlaku dan menafikan sebarang kelewatan pelakon ini ke set penggambaran filem Red One. 

Red One turut menampilkan lakonan Lucy Liu, J.K Simmons, Boonie Hunt, Nick Kroll dan ramai lagi. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan