Kami sangat mementingkan penstriman yang baik, dan sebuah rancangan yang mendapat sambutan hangat sekarang ialah filem Amazon Original pertama dari Malaysia, Budak Flat, yang kini trending sebagai rancangan nombor satu di Malaysia di Prime Video!
Diinspirasikan oleh kisah benar, pengarah Eugene Lim mengajak kita menghayati cerita rekaan berlatarbelakangkan suasana kompleks kediaman yang bergelut dengan masalah jenayah sekaligus memaksa penduduknya berjuang bagi meneruskan kehidupan. Kisah ini mengisahkan kemelut kehidupan dua beradik, Aman (Zahiril Adzim), seorang bekas pencuri dan Riz (Pablo Amirul), seorang tokan dadah. Terperangkap dalam pertembungan persekitaran yang kacau bilau, dua beradik ini perlu menghadapi tekanan yang semakin parah, dimana mereka terpaksa bertarung dengan keperitan realiti yang mengancam untuk memisahkan mereka.
Ketahui lima elemen menakjubkan dalam filem Budak Flat yang pasti akan membuat anda terpikat!
Kemunculan sulung Eugene Lim - Diilhamkan oleh kisah sebenar.
Menandakan arahan sulung Eugene Lim, Budak Flat merupakan naratif fiksyen yang diinspirasikan oleh kisah benar yang dialami sendiri oleh beliau. Bertahun-tahun membesar dalam suasana flat dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, Lim memanfaatkan pengalaman peribadinya dengan menerapkan elemen realiti ke dalam karya fiksyen ini.
Sebagai penasihat filem Budak Flat, Syafiq Yusof didorong untuk memberi gambaran sebenar cabaran yang dihadapi oleh golongan miskin bandar yang tinggal di perumahan kos rendah di sekitar Kuala Lumpur. Disamping memberi kebebasan kepada pengarah Eugene Lim untuk menyampaikan komentar sosial tentang budaya rumah pangsa, Yusof memanfaatkan pemahaman Lim membesar dalam persekitaran sedemikian secara langsung bagi memastikan gambaran suasana sebenar dapat disampaikan.
Lokasi Ikonik: Flat San Peng
Dibina pada tahun 1972, rumah pangsa yang umumnya dikenali sebagai Flat San Peng atau Flat Sri Selangor ini telah menjadi simbol ketahanan. Setiap malam, ahli persatuan penduduk yang berdedikasi akan membuat rondaan dan bersungguh-sungguh menjaga keselamatan di kawasan perumahan tersebut.
Pada tahun 1990-an, nama “San Peng” di Kuala Lumpur dikaitkan dengan aktiviti kumpulan samseng. Walau bagaimanapun, kawasan ini telah mengalami banyak pembangunan yang ketara dan kini muncul sebagai komuniti yang lebih selamat, lantas menghilangkan reputasinya yang dahulu. Semasa penggambaran Budak Flat berlangsung, penduduk Flat San Peng telah memberikan layanan yang luar biasa untuk memastikan kesejahteraan pelakon dan para kru sepanjang penggambaran dilakukan.
Penggambaran berlangsung dalam bulan Ramadhan!
Satu kelainan mengejutkan berlaku apabila penggambaran filem penuh aksi ini dilakukan bertepatan dengan bulan Ramadhan. Keputusan yang tidak dijangka itu telah menambah kesungguhan, terutamanya memandangkan adanya babak tertentu yang menuntut komitmen penuh pelakon dan kru untuk bekerja dari waktu senja hingga subuh. Dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh barisan pelakon dan kru penggambaran sepanjang tempoh ini wajar diiktiraf dan dipuji. Kudos di atas kerja berpasukan yang mantap dan kesungguhan mereka yang telah menghidupkan usaha sinematik ini!
Penceburan Balan Kash Dalam Dunia Lakonan: Bakat Luar Biasa Penyanyi Rap Terserlah
Menceburkan diri dalam dunia lakonan, khususnya genre aksi, penyanyi rap ini tidak gentar menyahut cabaran untuk memainkan watak seorang gangster. Kedua-dua Pablo dan Zahiril, yang menitikberatkan keaslian dalam semua babak yang dilakonkan, secara peribadi telah memintanya untuk memberikan pukulan yang meyakinkan agar adegan pergaduhan kelihatan benar-benar meyakinkan. Hasilnya? Penyanyi rap ini bukan setakat berani menyahut cabaran, malah dia juga telah mempamerkan bakat lakonan semula jadi yang mengagumkan. Untuk merasakan impaknya, semua orang harus menyaksikannya sendiri!
Aksi Berani Mandy
Mandy (Joyce Harn) telah mempamerkan aksi berani apabila dia secara sukarela terjun dari tingkat enam rumah pangsa tersebut, membuktikan dedikasinya terhadap keaslian lakonan. Walaupun takut dengan ketinggian, Mandy dengan beraninya memilih untuk tidak menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri untuk babak khas ini. Lebih hebat lagi, Mandy bukan sahaja bersetuju untuk melakonkan sendiri lagak ngeri tersebut malah melakonkannya berulang kali demi mendapatkan ‘shot’ yang sempurna. Menariknya, babak itu, walaupun kelihatan seperti di tingkat enam, ia sebenarnya dilakonkan dari tingkat tiga, menjadikan lakonannya lebih mengagumkan.
Filem ini sarat dengan konflik, aksi pertarungan yang mendebarkan serta pergolakan emosi yang pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk.
Filem ini, yang diterbitkan oleh Skop Productions dengan Syafiq Yusof selaku penasihat, diarahkan bersama oleh Eugene Lim, Woo Ming Jin, dan Faizal Ishak.
Ia dibintangi barisan pelakon terkenal antaranya Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Balan Kash, dan Aaron Aziz.
Jangan ketinggalan — saksikan kehebatan filem aksi Budak Flat dan strim sekarang di Prime Video!
0 Ulasan