Polis Evo 3 merupakan filem yang berjaya mencantas kutipan kedua-dua filem sebelumnya. Filem yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini sudah pun mengutip RM52 juta ketika artikel ini ditulis. Filem tersebut menampilkan gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang memegang peranan sebagai Inspektor Sani dan Inspektor Khai.
Misi kali ini membawa mereka beralih dari Terengganu ke Bukit Bintang dalam babak akhir filem tersebut. Dalam temubual bersama goggler.my, penerbit filem ini, Joel Soh menceritakan kenapa babak Bukit Bintang agak unik dan boleh dibanggakan. Tonton temubual asal di sini.
If you really look at the Bukit Bintang scene, it is technically quite complex because they are pretending to do something while they're trying to fool the villain basically. As the audience, you have to catch what they're trying to do and we're not saying out front like, oh there's a Morse Code happening there. Oh, there is this that's happening there. Almost none of it is in your face, actually. Right. But yet, audience could follow it. Follow to a point where you know, when the bomb was cut. There's a sense of relief. Right. So, that journey that we brought them through in that small segment remains one of the unique points of Polis Evo 3 that I'm personally proud of.
Polis Evo 3 mengembalikan beberapa watak dari filem pertama yang tiada dalam filem kedua sekaligus melengkapkan trilogi ini dengan pelbagai emosi dan juga rasa.
Filem ini masih ditayangkan di pawagam.
===========================
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan