Filem lakonan arwah Ashraf Sinclair yang tidak berjaya ditayangkan ketika hidupnya kini bakal menjengah pawagam tidak lama lagi. Filem yang bertajuk Syaitan Munafik itu diterbitkan oleh United Nine Creative. Filem tersebut tidak ditayangkan semenjak 12 tahun lalu dan kini diolah semula.
Menurut penerbit filem berkenaan, filem ini sudah pun bersedia untuk menemui penonton di 70 pawagam di seluruh Malaysia. Malah, ianya juga akan dipasarkan di Indonesia.
Dibikin degngan modal sebanyak RM1.7juta pada tahun 2008, filem ini tidak ditayangkan sehinggalah pelakon utamanya, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 2020. FIilem ini turut menampilkan pelakon Indonesia, Dea Lestai dan Tessa Mariska.
Selain itu, pelakon yang akan tampil dalam filem ini ialah Faizal Hussein, Dian P. Ramlee, Nabil Ahmad, Yank Kassim, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan