Pengarah filem SS Rajamouli mengesahkan bahawa sekuel kepada filem RRR kini akan dibikin. Namun, menurut laporan Indian Today, sekuel filem tersebut kini dalam proses penghasilan cerita.
SS Rajamouli mendedahkan tentang penghasilan sekuel RRR ini dalam satu majlis di Chicago apabila ditanyakan berkaitan sekuel RRR. Dia turut mendedahkan bahawa kisah sekuel ini akan dihasilkan dari idea yang dibincangkan bersama ayahnya sendiri.
My father is story writer for all my films. We discussed a bit about ‘RRR 2’ and he's working on the story.
RRR ialah sebuah drama sejarah fiksyen yang menggandingkan Jr NTR dan Ram Charan. Filem bertemakan persahabatan ini juga turut menampilkan penampilan Alia Bhatt, Ajay Devgn, Olivia Morris, Samuthirakani dan Ray Stevenson.
RRR mengutip sebanyak USD175 juta sepanjang tayangannya termasuklah memecahkan beberapa rekod filem India. Ianya juga merupakan filem India paling mahal pernah dibikin dengan kos sebanyak USD72 juta.
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan