Baru-baru ini, ketika mempromosikan filem Mat Kilau di Indonesia, Syamsul Yusof sempat membuat pengumuman ekslusif dimana dia akan mengarahkan filem gangster terbaru yang tidak ada kena mengena dengan KL Gangster yang dinamakan The Original Gangster. Dalam pengumuman itu juga, Syamsul menyatakan barisan pelakon yang bakal berlakon dalam filem berkenaan termasuklah Yayan Ruhian sendiri.
Kini, Syamsul Yusof membuat pengumuman rasmi melalui satu hantaran poster teaser filem berkenaan yang bakal menjalani penggambaran kelak.
Filem ini dikatakan bakal menelan kos belanja paling mahal dalam sejarah perfileman Malaysia bag kategori filem aksi. Buat masa ini, filem Bakara menelan kos paling mahal dengan bajet sebanyak RM20 juta.
Apakah filem gangster ini bakal cliche seperti KL Gangster? Ianya tidak ada jawapan lagi. The Original Gangster akan datang di pawagam.
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan