Penonton Malaysia mungkin bakal menyaksikan kelibat pelakon Yayan Ruhian lagi dalam filem seterusnya arahan Syamsul Yusof. Namun, semua itu bergantung kepada bayaran aktor berkenaan. Perkara ini didedahkan oleh Syamsul Yusof dalam satu temubual bersama CGV Kreasi dalam mempromosikan filem Mat Kilau (tonton sini) di Indonesia.
Dalam tembual tersebut, Syamsul Yusof menyatakan dia dan Yayan Ruhian masih berbincang tentang bayaran untuk filem berkenaan yang turut menampilkan Aaron Aziz dan Beto Khushairi (baca sini).
Selain mempromosikan Mat Kilau, saya juga mahu berbincang dengan Yayan Ruhian untuk filem seterusnya. Harapnya bayarannya tidaklah mahal.
Syamsul Yusof popular dengan filem-filem aksi dan seram seperti Munafik yang cukup popular di Indonesia.
Pengumuman eksklusif filem The Original Gangster (baca sini) ini mungkin terlalu awal untuk dibualkan berkaitan sinopsisnya. Namun, apakah ianya akan lari dari konsep KL Gangster? Kita nantikan.
0 Ulasan