Komuniti Serai Serumpun Riau Dari Indonesia Berbusana Melayu Tonton 'Mat Kilau'

Mat Kilau kini sedang ditayangkan di 200 pawagam Indonesia. Walaupun kurang mendapat sambutan yang hangat di sana, filem ini turut diraikan oleh segelintir pencinta filem di sana. Di Malaysia, trend berbusana Melayu menjadi satu perkara wajib ketika menonton filem Mat Kilau di pawagam.

Trend itu turut diikuti Komuniri Serai Serumpun Riau, sebuah komuniti yang mengambil berat tentang adat warisan busana Melayu yang telah menonton filem Mat Kilau di CGV Transart Pekanbaru pada 31 Ogos yang lalu.

Sekitar 50 orang ahli komuniti itu mengenakan pakaian Melayu lengkap dan menjadikan suasana agak pelik dan janggal. Namun, ianya sesuatu yang harus dipuji bagaimana melihat rakyat Indonesia meraikan filem ini di mata mereka.

 

Menurut laporan laman RiauKepri, komuniti itu sudah merancang untuk aktiviti itu semenjak mengetahui filem tersebut akan ditayangkan di pawagam Indonesia. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan