Skrip 'Air Force The Movie' Dirombak 19 Kali Sebelum Jalani Penggambaran

Filem aksi ketenteraan terbaru, Air Force The Movie berjaya mencatat kutipan memberansangkan dalam tempoh 1 minggu tayangan. Filem yang turut menampilkan pahlawan Mat Kilau, Adi Putra (tonton sini) itu berjaya memberikan aksi mendebarkan dan memaparkan aset ketenteraan Malaysia di layar perak.

Menurut pengarah filem ini yang turut mengarahkan filem J: Revolusi, Zulkarnain Azhar (tonton sini), produksi filem ini bekerjasama rapat dengan penasihat TUDM untuk menghasilkan draf filem ini semenjak 2018.

Kami bekerjasama rapat dengan penasihat TUDM untuk menghasilkan draf filem ini sejak 2018. Langkah pertama, kami bentangkan idea kepada TUDM. Ini diikuti lakaran 'deck' dan struktur filem sehinggalah TUDM berpuas hati. Draf pertama sahaja mengambil masa beberapa bulan untuk diluluskan. Pada peringkat draf keenam, TUDM mahu kami kecilkan skop cerita.

Selepas perubahan demi perubahan, skrip filem ini diluluskan selepas 19 kali rombakan. 

Selain hanya fokus kepada Pasukan Khas Udara (PASKAU), TUDM minta kami ketengahkan unit lain seperti jet pejuang dan kejuruteraan. Selepas draf ke-16, iaitu setahun kemudian, barulah ia diluluskan. Kami memulakan penggambaran selepas draf ke-19.

Filem yang turut menampilkan Nas T, Pablo Amirul, Hakim Ridza dan ramai lagi ini mengambil masa 75 hari untuk penggambaran di lokasi seperti Kota Belud; Sabah, Kuantan; Pahang, Pangkalan TUDM Gong Kedak; Terengganu dan Subang; Selangot.

 Air Force One kini di pawagam!

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan