Siapa Tutup Lampu merupakan sebuah filem terbaru yang ditayangkan di Astro First. Filem ini merupakan feature film pertama arahan pengarah, Aliff Ihsan Rahman. Filem ini simple je. Tapi, mungkin ada beberapa persoalan yang mungkin perlukan korang perah otak. So, artikel ini akan menerangkan beberapa bahagian filem ini yang mungkin samar-samar untuk difahami.
Perlu diingat, artikel ini mempunyai MAJOR SPOILER. Jika anda belum tonton, pastikan korang menonton filem ini dahulu sebelum membaca huraian ini.
SPOILER ALERT!
-
AKU DAH PESAN, TONTON DULU! BARU TAK MENYESAL!
-
JANGAN SKROL!! AIPP! AIPPP!
-
-
BAGAIMANA KEMALANGAN TERJADI?
Tiada visual atau paparan kejadian kemalangan di jalan Genting Highland yang dipaparkan di dalam filem ini. Daripada babak diorang menyanyikan lagu-lagu kematian di awal filem, filem ini terus jump ke bahagian mereka terperangkap di dalam bilik mayat. Arif ada cuba menghuraikan bagaimana kejadian itu berlaku. Katanya, Amir cuba mengelak sesuatu.
Namun, perlu diingat, Arif berada dalam keadaan separuh sedar ketika itu. Dia yang berada di sisi Amir yang memandu tidak mengingati dengan jelas kemalangan tersebut. Jadi, selepas didedahkan bahawa empat sahabat baik kepada Amir ini mempunyai rahsia hitam yang memang membawa dendam, adakah kemalangan itu terjadi secara sengaja? Atau ianya hanya sekadar kebetulan?
DENDAM AMIR, INTEREST HUTANG MANUSIA
Persoalan tentang terjadinya kejadian yang akhirnya menyebabkan empat sekawan itu terbunuh sebenarnya berkait rapat dengan apa yang dijelaskan dalam babak-babak flashback. Babak flashback yang bersilih ganti diantara adegan bilik mayat dan juga adalah klu penting yang menjelaskan bahawa kemalangan itu mungkin bukan sekadar kebetulan.
Ada beberapa point di sini yang penulis yakin bahawa AmIr bukan tidak sengaja membawa kepada kematian empat rakannya tetapi sudah dirancang awal sejak dari kemenangan mereka dalam pertandingan lagi.
Satu!
AmIr memang seorang rakan yang cukup baik. Dia ialah seorang rakan yang mempunyai background kaya raya. Ayahnya pemilik Megah Holding bla bla bla. Semua dia ada. Tapi, dia memilih untuk merendah diri dan berkawan dengan rakan-rakannya yang sememangnya jauh panggang dari api. Arif dengan masalah adiknya, Aryana dengan masalah duitnya.
Namun, pembelotan apabila rakan-rakan mereka memilih untuk diam saat adiknya dibunuh gangster membuatkan dia merasa dirinya dikhianati. Jadi, ini mungkin punca terbesar kenapa Amir memilih untuk plot satu kemalangan supaya membunuh rakan-rakannya itu sendiri tanpa sedar.
Dua!
Amir telah ingatkan yang hutang manusia ni lama-lama ada interest. So, kemalangan itu ialah interestnya dan hutang nyawa sudah pun dibayar nyawa.
Tiga!
Akmal pernah tidur dengan kekasih AmIr, Azie dan bunting!
JADI, AMIR JAHAT DAN MENINDAS RAKAN-RAKANNYA?
Tak! Tak! Filem ni ialah sebuah filem yang berbicara tentang kawan khianat kawan. Sebenarnya, persahabatan lima sekawan ni memang utuh walaupun setiap daripada karakter ada perangainya yang mungkin tidak disukai. Diorang belajar menerima dan menghargai semua sifat rakan-rakan. Namun, semuanya berubah apabila rakan-rakan Amir sendiri cuba backstab Amir dengan pelbagai cara.
Jika diingat dari awal filem, Amir ialah orang yang pertamakali memberi harapan untuk masuk pertandingan usahawan tu. Amir menanam kepercayaan kepada rakan-rakannya. Dia sebenarnya tidak tahu yang rakan-rakannya sedang berharap untuk menang pertandingan tu. Tapi, Amir sebenarnya tak ada niat pun untuk menang. Jika menang, menanglah. Jika kalah, kalahlah.
Sebab itulah expresi Amir ketika tahu mereka menang saguhati nampak biasa-biasa je. Tapi, rakan-rakannya sudah menanam harapan untuk menang RM100 ribu untuk selesaikan masalah masing masing.
KERANA RM100 RIBU, RAKAN-RAKAN BELOT
Yup, Siapa Tutup Lampu bercerita tentang ketamakan. Hanya kerana duit, rakan-rakan berpaling tadah dan semua persahabatan musnah. Itulah mesej terbesar filem ini. Kita semua ada masalah, tetapi apabila masalah itu memakan tali persahabatan, di situlah akan runtuhnya moral dan juga akhlak.
Bayangkan, dengan rakan sendiri yang tolong kau settlekan banyak masalah, tolong ejas tempat lepak dan macam-macam lagi, boleh pulak kena sailang hanya kerana nak duit. Eh, membebel pulak!
SIAPA TUTUP LAMPU?
Baiklah, tutup lampu dalam filem ni sebenarnya lebih kepada perlambangan kepada kejujuran. So, ianya bukan pasal bil TNB tak bayar or so on. Tapi, persoalan di sini, siapa yang dok main tutup lampu dalam bilik mayat tu?
Jawapannya, tidak ada yang jelas. Penjelasan paling munasabah tentang lampu yang sekejap malap sekejap terang tu mungkin disebabkan pendawaian bilik mayat itu sendiri. Ianya hanyalah sekadar untuk mengelirukan penonton tentang siapa yang tutup lampu tu sedangkan persoalan siapa tutup lampu yang sebenar lebih besar dari itu.
POCONG TU?
Di dalam filem ini, pocong yang muncul tu hanyalah bayangan sahaja. Tiada benda yang too important untuk dilihat dengan kemunculan pocong. Namun, pocong itu sendiri ialah simbol kematian dan mereka sendiri sebenarnya sudah berada di dalam bilik mayat bersama mayat-mayat yang lain yang tidak berkaitan dengan tragedi kemalangan di Genting Highland.
ADAKAH UYAINA ARSHAD BERKOMPLOT DENGAN AMIR?
Di akhir filem, kita dipaparkan dengan scene doktor membuka satu persatu mayat rakan-rakan Amir. Setibanya di mayat Azie, Amir memintanya untuk tidak membuka. Yup, dari sudut realiti, kita faham kerana mayat Azie sepatutnya tidak bertudung. Jadi, ini ialah cara untuk mengelakkan pelakon watak Azie, Uyaina Arshad dipaparkan dengan keadaan yang tidak realitik.
Namun, paparan ini sebenarnya menimbulkan persoalan baru. Hanya sekadar teori, adakah Azie sebenarnya sudah tahu tentang kemalangan yang akan berlaku? Dan adakah Azie benar-benar mati? Jeng jeng jeng! Bukankah ada satu ayat menyatakan, jika tiada mayat dipaparkan di hadapan kita, maka watak itu mungkin tidak mati?
Semua itu tiada jawapan yang jelas. Jika Siapa Tutup Lampu ada sekuel, pastinya ianya akan diperjelaskan. Kenapa penulis memberi teori Azie mungkin masih belum mati?
Satu!
Azie dan Amir ialah kekasih. Ingat ya, hubungan diorang lebih erat berbanding hubungan antara rakan. Perlu diingat, Azie pada awalnya menolak untuk mengambil duit RM100 ribu namun akhirnya pasrah demi untuk gugurkan kandungan anak luar nikah.
Kedua!
Trip ke Genting Highland ini memang tidak dirancang. Namun, semestinya Amir sudah merancang lebih awal tentang hasrat dia untuk setup kemalangan. Ada kemungkinan Azie sudah tahu hal ini dan mungkin Azie masih belum mati.
Tapi, perlu diingat, ini sekadar teori dan semuanya tersedah kepada pengarah dan penulis cerita untuk menulis kisah hidup watak-watak mereka.
APA JADI KEPADA GANGSTER?
Ini ialah bahagian penting filem ini yang diibaratkan berada di satu meja, jika ianya lauk, tetapi terlalu jauh untuk dicapai. Sehingga akhir filem, geng gangster ini tidak mendapat balasan sewajarnya dan hanya muncul demi untuk memberikan asbab kepada watak Amir bagi membalas dendam? Kita tidak pasti sama ada Amir ada perancangan untuk balas dendam dengan gangster ini.
Namun, jika dilihat, Amir mungkin akan memilih untuk diam dan biarkan saja. Kenapa?
Sebab gangster tu tidak bersalah pun. Yang bersalah ialah adik dia sendiri yang pergi berkapel dengan bini orang. So, hal adik dia sememangnya dah kira selesai. Jika dilihat Amir, dia bukanlah manusia yang suka untuk membalas dendam. Tetapi, apabila hal kematian adiknya sediri dirahsiakan rakan-rakan baiknya, itu ialah urusan yang berbeza untuk diselesaikan.
SEMUANYA TENTANG AMIR!
Walaupun filem ini dipromosikan dengan kisah empat sahabat yang terperangkap di dalam bilik mayat, Siapa Tutup Lampu sebenarnya ialah tentang Amir. Jika kita ambil semula perca-perca babak yang dikoyak dan diserakkan dalam filem ini, filem Siapa Tutup Lampu ialah sebuah kisah tentang Amir membalas dendam terhadap kematian adiknya yang disembunyikan oleh rakan-rakannya.
KESIMPULAN
Dalam style M Night Syamalan, Siapa Tutup Lampu bercerita tentang kisah dendam dalam persahabatan. Pengajaran filem ni cukup baik dan jelas. Semuanya boleh difahami dengan mudah kecuali beberapa scene yang memerlukan pemikiran KBAT.
Filem ini boleh tonton di Astro First.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan