Pelakon Bollywood Menyamar Jadi Frontliner Demi Suntikan Vaksin Covid-19

Pelakon Bollywood yang terkenal dengan filem Section 375, Meera Chopra kantoi menyamar sebagai frontliner demi untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Menurut laporan Bollywood Hungama, Meera Chopra tidak diketahui melakukan perbuatan sedemikian selepas memuat naik sebuah status berkenaan dirinya yang telah menerima vaksin. 




Dia mengambil suntikan tersebut di pusat vaksinasi di Thane berdekatan Mumbai ianya turut dikongsi di Twitter dan Instagram miliknya. 

Namun, perbuatan Meera Chopra terdedah apabila presiden pusat vaksinasi berkenaan memuat naik kad pengenalan Meera Chopra yang mana tertera dirinya sebagai seorang penyelia yang bekerja di bawah agensi Om Sai Aarogya Care Pvt. Ltd. 


Presiden pusat vaksinasi berkenaan, Niranjan Davkhare memuat naik sebuah video di Facebooknya dan meminta pihak berkenaan menyiasat sama ada pelakon ini sememangnya bekerja dibawah agensi ini atau kad ini hanya diberikan untuk memotong barisan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Meera Chopra merupakan sepupu kepada Priyanka Chopra dan parineeti Chopra yang memulakan kerjayanya dalam filem Tamil dan Telugu. Filem terakhirnya ialah pada 2019 yang bertajuk Section 375 dan dia juga terlibat dalam drama web untuk Disney+ Hotstar, The Tatto Murders.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan