Ulasan Filem: The Devil All The Time (2020)



Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Antonio Campos
Pelakon | Tom Holland, Bill Skarsgard, Robert Pattison, Jason Clarke, Sebastian Stan

Ini mungkin antara filem yang menunjukkan Tom Holland sebagai pelakon yang lebih matang dan luar kotak. Sebagai penonton yang sudah biasa menonton Tom Holland sebagai Spider-man, mungkin akan ada rasa sedikit kekok melihat pelakon ni berada dalam sarung karakter yang berlainan. Tapi, dengan The Devil All The Time, kita dapat melihat sisi baru pelakon tersebut yang cukup hebat.

Menampilkan pelakon hebat yang terhimpun dalam sebuah filem, The Devil All The Time berjaya memberikan gabungan pelakon baru dan lama yang cukup baik. Filem ni menampilkan lakonan hebat dari Tom Holland, Bill Skarsgard, Jason Clark, Sebastian Stan, Haley Bennett dan juga mamat vampire, Robert Pattison.

Filem yang berdurasi 2 jam lebih ini dibina dengan perlahan dan agak detail dari aspek flashback dan pembangunan setiap karakter. Ianya mungkin dirasakan agak lambat dan dragging bagi yang kurang menggemari genre sebegini. Tapi bagi aku, The Devil All The Time berjaya menyampaikan penceritaannya dengan cukup baik.

Kisah The Devil All The Time tidaklah terlalu centralize kepada watak utama. Namun, filem ni berkembang dengan branch subplot yang tersendiri yang turut menjadikan filem ni ke sana sini dan membuat penonton berfikir. Namun, setiap subplot yang akan bertemu pengakhirannya ini mempunyai satu mesej sama, iaitu apa akan jadi jika agama ditunggang dan dipermainkan.

Mesej The Devil All The Time berkisar pasal agama dan anutan. Kisah tentang bagaimana adakalanya agama yang dipercayai memberi ruang untuk penunggang agama bermaharaja lela. Filem ni juga mempunyai persoalan tentang adakah agama yang kita sentiasa percaya itu akan berpihak kepada kita walaupun kita ada dalam musibah.

Ianya mungkin agak berat untuk difikirkan. Mungkin sebagai muslim, filem ni cukup sekadar menjadi filem tontonan yang boleh dinilai dan difahami. Tetapi, untuk berfikir lanjut pasal soal persoalan yang ditimbulkan, mungkin tidak akan aku lakukan.

Lakonan Tom Holland memang matang dan cukup menarik untuk disaksikan. Dia seolah-olah keluar dari kepompong bayangan filem Marvel yang sebelum ni sentiasa mengaburi lakonannya. Bill Skasgard tidak dinafikan berjaya memberi lakonan terbaik. Lihat saja drama Castle Rock mahupun filem It. Robert Pattison tetap hensem dan ada wajah vampire, tapi lakonannya berjaya nampak jahat!

Filem bergenre drama slow-burn ini sememangnya antara naskah filem terbaik yang mungkin korang boleh layan di Netflix. Namun, dengan mesej yang agak heavy dan juga sensitive, filem ni mungkin bukan untuk semua orang. Persoalan yang mungkin ditimbulkan dalam filem ni semestinya relate dengan dunia agama kita sendiri walaupun ianya berbicara soal agama Kristian. Sebab itulah filem ni agak seronok ditonton.

The Devil All The Time bercerita tentang syaitan yang bertopeng agama. Ianya juga turut bercerita tentang bagaimana orang yang percaya agama cuba untuk menagih simpati Tuhan dalam setiap perjalanan hidup. Filem ni agak panjang tetapi durasinya memang bersedia untuk bercerita selayaknya dengan apa yang ada.

Sebuah filem heavy yang wajib layan dan juga untuk difikirkan selepas menonton.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan