Ulasan Filem: The Platform (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Galder Gaztelu-Urrutia
Pelakon | Ivan Massague, Zorion Eguilor, Antonia San Juan

Netflix digegarkan dengan kehadiran sebuah filem Spanish yang kini bergema di seluruh alam maya. Di serata platform, haram atau halal, penggemar filem menyatakan betapa deepnya filem ini sehingga ianya menjadi perbahasan di kalangan penonton. The Platform, sebuah karya yang rasanya cukup sesuai dinikmati jika korang gemar filem level tinggi dan double meaning.

Ringkasnya, The Platform berkisar tentang watak bernama Goreng (bukan pisang goreng) yang mana mahu masuk ke penjara untuk mencepatkan diplomanya. Di dalam penjara pertingkat yang dimasuki, makanan diletakkan di atas satu platform dan kemudiannya akan turun tingkat demi tingkat. Goreng menyaksikan satu struktur hidup penjara yang cukup sukar dimana ketamakan prisoner di atas menjadikan prisoner di bawah kelaparan.

Apa yang best sangat The Platform ni sampai orang bercakap cakap mengenainya? Jawapannya, ramai yang melihat persembahan filem ni sebagai metafora dunia kapitalis. Dunia dimana orang atasan sentiasa mendapat kekayaan dan orang dibawah sentiasa kelaparan. Filem ini bukan hanya penuh dengan gambaran sistem kapitalis, tetapi gambaran survival manusia dalam kehidupan seharian.

Penjara di dalam filem ini lebih kepada metafora dunia. Dan banduan di dalamnya pula ialah manusia yang hidup di setiap aras-aras kehidupan. Untuk perbahasan isi filem ni dengan lebih dalam, ini bukan tulisan yang korang cari.

The Platform berjaya mewujudkan rasa intense walaupun kisah ini berkisar dalam sebuah kotak yang ditengahnya ada lubang yang mana terisi platform yang akan turun setingkat-setingkat. Kekuatan yang paling kuat sekali pastinya lakon layar filem ni yang berjaya membina logik tentang platform tersebut. Walaupun logik bagaimana platform itu turun tanpa ada mekanisme enjin, keadaan sistem penjara dengan platform itu cukup logik dan memuaskan.

Aku terfikir macam-macam ketika melihat keadaan platform di tengah penjara. Adakah ada yang akan terjun? Ada yang akan ambil kesempatan untuk turun suka hati? Semuanya dijawab sikit demi sedikit menjadikan filem ni cukup logik untuk sebuah metafora.

Dengan berbekalkan lakonan hebat Ivan Massague, filem ni bergerak dengan memperkenalkan pelbagai watak dengan pelbagai background. Di setiap babak demi babak, kita tidak akan dapat menduga apa yang bakal terjadi dan juga apa pengakhirannya. Memang cukup gempak dan juga kuat untuk sebuah filem yang nampak kecil tetapi besar mesejnya.

Bagi penggemar filem yang nak saksikan filem yang luar kotak dan menjana perdebatan, The Platform memang sebuah filem yang cukup puas untuk anda layan. Dari awal filem hingga akhir, kesemua detail dari dialog, babak dan juga watak ada makna yang tersendiri. Justeru, filem ni berbaloi untuk satu pengalaman tontonan.

Memang tidak dinafikan yang The Platform ialah filem hebat diantara katalog filem Netflix Original yang kadangkala mengecewakan. Filem ini mampu mencabar minda korang untuk berfikir dalam pada masa yang sama berhibur.

Namun, filem ni mungkin sesuai untuk penggemar filem yang tidak sukakan darah dan keganasan. Ada unsur kanibalism, darah dan juga perkara luar jangka yang mungkin kadangkala buatkan korang sukar tidur. Apapun, boleh kasi try hadam sebab kadangkala metafora life itu memang susah untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan