Selepas Setahun, Syafiq Yusof Mohon Maaf Isu Peniruan Filem 'Misteri Dilaila'


Syafiq Yusof, pengarah yang digelar raja plot twist akhirnya membuat permohonan maaf terhadap isu peniruan filem Misteri Dilaila yang mana turut dikecam netizen ketika tayangannya tahun lepas. Filem Misteri Dilaila buat pertamakalinya menyaksikan sebuah filem mempunyai dua penamat berbeza.



Dalam satu post di Facebook, Syafiq Yusof menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana kesilapannya bermula. 




Saya mohon maaf kepada semua orang sebab mendiamkan diri...Tahun lepas ramai orang attack dan hentam saya di media sosial tentang persamaan Misteri dilaila dengan Vanishing act
Tujuan saya menulis ini adalah untuk clarify tentang perkara itu. Alang2 biar saya cerita in detail.
Buku "Save the cat", buku favourite saya dalam screenwriting, penting untuk saya explain kerana berkait dengan kejadian tahun lepas.
Filem Misteri Dilaila adalah filem ke 8 saya dan saya nak buat filem yg terbaik,sebab pressure dari semua orang yg mengharapkan saya untuk jadi lain2 dari yg lain, "mesti kena buat lebih hebat dari abang saya, ayah saya.."
Jadi saya mencari satu formula untuk buat filem yg baik, dalam buku "Save the cat" saya jumpa formula itu.
Ada satu bab dalam buku ini tentang bagaimana kita "steal from other artists" sebab kebanyakan filmmaker yg baik, mereka
punya falsafah bahawa "a good artist copy, but a great artist steal". yang membuat saya terkejut dan terbuka minda.
Contoh yg buku ini tunjuk dan apa yg saya jumpa dalam research saya ketika nk belajar formula ni=
1.Contoh pertama "The Fast and the Furious (2001)" - sebuah filem besar yg mempunyai plot yg sangat sama dengan filem "Point Break (1991)"
Point Break - seorang police undercover yg masuk dalam kumpulan "surfing" di laut untuk mencari penjenayah
Fast & Furios 1 - seorang police undercover yg masuk dalam kumpulan "drag racing" untuk mencari penjenayah
Kita boleh buat analisis yg "beat by beat" dia sama even the plot twist.. sama.
2. Contoh ke dua, "Pocahontas (1995)"- seorang askar yang di arahkan untuk menghalau orang asli, tetapi jatuh cinta
dengan orang asli dan melawan balik ketua askarnya , pengarah yg terkenal James Cameron, menggunakan plot ini dalam filem "Avatar (2009)"
3. Banyak lagi contoh tapi tak habis kalau saya tulis - di Korea Selatan filem "A Werewolf Boy (2012)" - plot yang sangat sama dengan Edward Scissorhands (1990), Quentin Tarantino dengan filem pertamanya "Reservoir Dogs (1992)" yg mempunyai bukan saja plot, tetapi dialog dan nama karektor yang sama dengan filem Hong Kong, City on Fire (1987). Christopher Nolan dengan filem Inception 2010 yang punyai konsep dan babak2 "shot by shot" persamaan dengan filem "Paprika 2006" dari jepun.
Jadi saya terpegun dengan formula ini kerana filem2 ini besar dan pengarah yang terkenal dan memenangi banyak anugerah.
Saya bukan nak defend kata "owh pengarah avatar dan Christopher Nolan boleh tiru kenapa saya tak boleh tiru". Bukan ,
tapi perlu kita faham dan kita kaji dan belajar tentang bagaimana mereka buat filem hebat, sehingga industri filem Korea Selatan
telah sedar tentang perkara ini dan mengikut jejak langkah mereka.
Ketika saya buat research, banyak filem2 classic yg mempunyai banyak persamaan dengan filem yg baru. Cuma kita tak tahu.
Jadi saya sebagai pembikin filem yg muda, mentah dan filem nya selalu dikritik, mahu "explore" formula ini. dan terjadilah Misteri Dilaila.
Proses mengambil masa yang lama nak cari bahan2 yg bagus untuk saya praktikan teknik ni dan saya terjumpa sebuah pementasan yang bertajuk "A trap for a lonely man" dari France, Europe. dan sangat tertarik sebab saya nak buat filem seram yg tak banyak lokasi dan pementasan ni kena dengan plan saya. Saya research lagi dalam, rupanya ada tujuh (setakat yg saya research filem) yg diadaptasi atau
punyai kisah yg sama dari pementasan ini, ada filem dari England, India, Russia dan beberapa negara lain termasuk amerika iaitu Vanishing act. Sebab tu pada mulannya org kata saya tiru dari filem India, ada yg kata dari Russia dan terakhir dan "terviral" filem amerika Vanishing act. Ke tujuh2 filem ini adalah adaptasi atau "inspired by" pementasan ini. Kenapa saya kata begitu, kerana ke tujuh2 filem ni ada
yang sebijik plot pementasan dan ada yang sama kisahnya tetapi banyak kelainan, semua
berbeza genre, ada yg drama, romantik, thriller, dan saya pikir apa kata saya buat "Horror" berpaksikan kisah dari "A trap for lonely man".
Menggunakan teknik dari buku "Save the cat" untuk beri nafas baru dalam penceritaan pementasan ini.
Jadi saya tulis skrip, saya membuat perubahan
dari segi genre, mood,plot device, Story structure, tambahan dan penukaran karakter, saya letakkan identiti saya dalam penceritaan berpaksikan kisah pementasan itu. Saya buat bersungguh-sungguh with full passion untuk membuatkan teknik formula dari buku "Save the cat" itu menjadikan sebuah naskah yg baik seperti pengarah hollywood lain yg saya belajar melalui buku itu. Dan saya yakin saya telah guna teknik itu dengan betul dan telah buat perubahan yg cukup untuk ia jadi naskah yg baru.
Tapi... ternyata.. saya salah.. sebab ketika filem itu tayang , orang mula kata saya tiru cerita dari India, Russia, dan ada pula kata dari England dan terakhir sekali dari Amerika iaitu Vanishing act, sebab macam saya cakap tadi ada 7 filem yang sama dari banyak negara,
dan ada yang menuduh saya kata "kau tiru citer orang pastu ko claim nama kau!".
Ok, ini tuduhan yang salah, saya kena "clarify" sebab saya tak pernah claim ini idea asal saya dan saya terang2
kata dalam interview2 yg saya ambil inspirasi dari Europe, dan belajar "look and feel" dari Korea Selatan. Dalam banyak2 filem saya ini lah satu-satunya filem
saya yang saya tak letak "Idea asal- syafiq yusof" . Saya juga tak pernah gelar diri saya raja plot twist,
itu adalah marketing dari Astro, yg saya tak salahkan diorang sebab saya tahu marketing memang perlu begitu,
Infact saya rasa panggilan tu macam jadi "a curse" pada diri saya.
Lepas seminggu ramai orang attack saya, even rakan2 industri, kawan2 saya sendiri, dan akhirnya sampai ayah saya sendiri,
keluarga saya sendiri marah dengan saya, saya kata "saya guna teknik buku ni tapi mungkin saya masih belom mahir dalam teknik itu",
tapi bapak saya kata "salah fiq"
Saya cuma nak tunjukkan yang terbaik pada dia tapi bila bapak saya sendiri cakap macam tu, saya rasa... ok syafiq kau dah buat salah,
aku salah dan aku messed up. lepas tu hari demi hari orang tibai saya kutuk saya maki saya kat internet sampai saya rasa "aku dah mati dalam industri filem ni".
Niat saya cuma nak buat filem yg bagus.. sebab semua orang akan compare, syafiq tak sehebat abang dia buat filem ,
tak hebat macam filem bapak dia dulu2, saya cuma nak jadi yang sebaik mungkin saya boleh tapi saya dah silap, saya dah tergelincir dan jatuh.
Waktu minggu ke dua masa filem tu ditayangkan, semua orang masih attack maki saya macam-macam.
saya beranikan diri untuk perbetolkan apa yg salah, apa saya buat adalah:
saya cari pemilik hak cipta untuk "A trap for a lonely man", dan saya dapat contact dia, pihak produksi pon bantu saya untuk contact mereka,
kami dapat hubungi lawyer dia melalui email, dan cerita tentang apa yang terjadi, dan saya bagi dia untuk "judge" apa dia patut lakukan pada saya,
adakah kena bayar "rights" atau saman, saya yang akan dipertanggungjawabkan, bukan sesiapa, tapi saya. Lawyer pihak mereka sedar dan telah
beritahu kepada tuan empunya hak cipta, komunikasi saya dengan pihak mereka masih on going lagi walau lepas setahun.
Lepas kejadian tu, setahun saya depress dan tinggalkan social media.. Depress sampai sekarang sebab saya hancurkan nama saya,
saya dah kecewakan penonton dan pengkritik, saya ingat formula saya buat ni untuk buat filem yg terbaik tapi cara saya salah,
dan saya mohon ampun dan maaf kepada semua orang, penonton, pengkritik, keluarga saya, saya mohon maaf,
saya dah buat salah, dan saya dah cuba perbetolkan kesilapan saya dengan berhubung dengan empunya hak cipta sejak tahun lepas apabila baru dua mingu kejadian tu berlaku. Sejujurnya sampai terfikir "suicidal thoughts" tapi saya dekat diri dengan Tuhan.
Terganggu sebab saya ada arah filem selepas itu dalam keadaan depress dan tertekan. tapi saya terpaksa, sebab memang itu pekerjaan saya, dan kena bantu syarikat bapak saya untuk ramai pekerja-pekerja di skop, saya kena kuatkan semangat dan terus buat filem, memang sampai jadi takut, buat skrip pon takut kalau ada persamaan dengan filem lain, padahal memang tak boleh elak.
Kejadian tu memang ubah hidup saya, saya sedar dan kena terima yang nama saya dah tercalar dan mungkin memang dah ditakdirkan saya ni..
"that blacksheep in the family"
yang tak sehebat ayahnya atau abangnya.. tapi saya
terima dengan hakikat tu, dan cuba teruskan hidup untuk bantu ayah saya dan sekiranya orang dah tak suka saya dan
tak nak tengok filem saya, saya kenalah cari pekerjaan yang lain, industri filem mungkin bukan untuk saya, terlalu berat
untuk saya pikul bayang ayah dan abang saya. Sekali lagi saya mohon maaf.
Permohonan maaf ini akhirnya melenyapkan pertanyaan peminat tentang kesahihan claim yang dibuat netizen tentang plagiarism yang berlaku. Apapun, Syafiq Yusof bakal hadir dengan filem terbaru, Polis Evo 3 yang sedang menjalani penggambaran. 


All the best, Syafiq Yusof.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan