Ulasan Filem: The Irishman (2020)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Martin Scorsese
Pelakon | Robert De Niro, Al Pacino, Joe Pesci

Siapa tak kenal dengan Martin Scorsese, pemgarah yang sudah mengarah filem semenjak tahun 1942 lagi. Dia ni memang layak digelar lagenda kerana rakan artis sebayanya kebanyakannya sudah mengundurkan diri dari dunia seni, tetapi dia masih lagi mengarah. Ramai pengkritik memuji filem arahannya yang ada unsur seni yang luar biasa dan unik.

Filem The Irishman menjadi filem pertama pengarah itu yang ditayangkan di Netflix sebagai filem Netflix Original. Ianya mungkin menghancurkan harapan penonton untuk menyaksikan filem itu di pawagam. Tetapi, kalau korang nak tahu, filem ni memang selayaknya ditonton di skrin yang lebih kecil kerana durasinya tersangat luar biasa.

Berdurasi lebih dari 3 jam, filem ini seakan tidak mahu kalah dengan filem dari Bollywood. Cuma bezanya, filem ini tiada lagu dan dipenuhi dengan perjalanan cerita yang memerlukan korang duduk diam selama tiga jam. Honestly, pada aku agak memenatkan. Tetapi, ada je yang cadangkan filem ini dipecahkan kepada mini series dan ditonton sehari satu.

Pada aku, menonton The Irishman memang menyeksakan. Aku rasa, filem makanan aku dari pengarah ni masih lagi seperti The Wolf of Wall Street (2013), Shutter Island (2010). Filem The Irishman memang hanya aku tonton sebab nak cari apa yang rare dengan filem ni sehinggakan Netflix sanggup untuk membayar filem ni supaya dijadikan Netflix Original.

Walaupun perjalan kisah filem ni agak panjang, aku memang agak menyukai dan menggemari lakonan Robert De Niro. Tunjang utama yang menjadi pencerita kepada perjalanannya dan juga watak sekitarnya ini cukup baik dan menjadi bahan utama menghalang aku dari mengantuk. Agak terbaik juga apabila melihat wajah Robert De Niro dimudakan untuk kehendak cerita.

Al Pacino dan Joe Pesci juga tidak kurang hebatnya. Mereka ini ialah lejen di era mereka. Menyaksikan diorang ni bersatu dalam sebuah filem dari pengarah lejen juga memang menjadikan filem ni ‘mahal’ dan ekslusif.

Filemyang dikatakan menjadi filem Martin Scorsese paling mahal dan juga paling panjang pernah dibikin ini memang tidak dibikin untuk semua. Korang memang kena jadi penggemar Martin Scorsese untuk menghayati filem ni. Banyak adegan berbual daripada aksi menjadikan filem ni membosankan jika korang bukan penggemar filem arahannya.

Bagi aku, filem ni boleh skip saja jika korang tidak mahu habiskan masa menonton sebuah filem yang terlalu panjang. Tapi, kalau nak give a try untuk memahami apa hebatnya filem Martin Scorsese, korang trylah filem dia yang lain seperti Shutter Island yang lebih mudah untuk difahami dan dihayati.

Filem ni memang dipuji menyeluruh oleh pengkritik. Tapi, pada aku, secara peribadi, filem ni gagal memberikan aku rasa dan jiwa. Aku gagal untuk menghayati filem ni dengan baik atas beberapa sebab yang aku sendiri tak tahu. Mungkin jiwa aku bukan ditakdirkan untuk menonton filem sarat dan berat sebegini.

Jika ada yang seperti aku, korang percayalah, filem ni memerlukan hampir seminggu untuk aku sudahkan. Memenatkan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan