Ulasan Filem: Earthquake Bird (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Wash Westmoreland
Pelakon | Alicia Vikander, Riley Keough, Naoki Kobayashi

Satu daripada sebab kenapa aku menonton filem ni ialah kerana adanya nama besar, Ridley Scott. Even pengarah filem Gladiator tu tak mengarah filem ni, sudah pasti filem ni ada auranya yang tersendiri jika nama besar sebegitu mahu bergabung untuk filem sebegini. Lagipun, trailernya nampak meyakinkan, jadi aku pun trylah layan di Netflix.

Filem ini pada asalnya ialah adapasi novel karya Susanna Jones dengan tajuk yang sama. Adaptasi ke filem dilakukan oleh Wash Westmoreland yang bertindak sebagai penulis lakon layar dan juga pengarah. Pelakonnya juga padu. Siapa tak kenal dengan Alicia Vikander yang pernah dikenali sebagai Tomb Raider kan!

Ringkasnya, Earthquake Bird bercerita tentang perjalanan hidup Lucy Fly yang dituduh membunuh rakannya. Perjalanan hidupnya lalu diceritakan dalam flashback tentang bagaimana dia bertemu dengan Teiji, seorang lelaki yang obsess mengambil gambar wanita. Lucy bakal mengetahui dark side Teiji apabila dia memilih untuk bersamanya sebagai kekasih.

Pada aku, filem ni berjaya untuk menarik mata aku untuk terus layan filem ni sehingga akhir. Bahagian awal hingga pertengahan seakan menangkap. Apatah lagi, beberapa twist di hujungnya juga cukup untuk meninggalkan pelbagai tanda tanya untuk diselesaikan di hujung filem. Tarikan watak Lucy Fly dan Teiji penuh misteri.

Memang tak dinafikan filem ni cukup baik untuk pertengahan filem dan juga cinta tiga segi Lucy, Teiji dan Lily. Tapi, sayangnya, bahagian akhir filem ni memang agak mengecewakan. Dan itu menjadikan Earthquake Bird sederhana sahaja dari segi adaptasinya dan gagal menjadi filem yang baik di mata aku.

Ianya seperti menonton filem Netflix yang biasa. Yang punya percubaan untuk menarik penonton dengan pelakon yang hebat, tetapi skripnya yang cukup sederhana dan gagal mengadaptasi karya asal dengan cantik dan kemas.

Tidak dinafikan bahawa Alicia Vikander dan Riley Keough membawakan wataknya dengan cukup baik dan berkesan. Alicia Vikander, sebagai pelakon gred A berjaya untuk memberikan lakonan yang cukup mantap dan berkesan. Dia ialah salah satu faktor yang membuatkan Earthquake Bird tidaklah buruk daripada kelemahan skrip.

Filem ini bukanlah untuk penonton yang tidak matang. Ianya mengandungi beberapa babak seksual yang tidak sesuai ditonton oleh segelintir penonton. Jadi, aku nasihat awallah, kalau korang tak suka filem yang ada scene sebegini, boleh skip je filem ni dan layan filem lain di katalog Netflix. Banyak lagi yang korang boleh pilih.

Walaupun filem ni ada Ridley Scott sebagai penerbit, itu bukanlah satu tiket untuk membuktikan filem ni terbaik dari segala aspek. Adaptasi daripada naskah asal yang gagal dan skripnya yang sederhana menjadikan filem ni bermula dengan baik tetapi berakhir dengan kekecewaan.

Alicia Vikander dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan filem ni, tetap Earthquake Bird masih menjadi filem yang tidak begitu baik dalam aspek penceritaannya. Sayang sungguh, landskap Jepun memang cukup menarik dirakamkan kamera di dalam filem ni. Merugikanlah untuk sebuah cerita yang berlatar belakangkan negara yang amat cantik.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan