Beberapa minggu lepas, para peminat filem Marvel Cinematic Universe dikejutkan dengan pengumuman Phase 4 dunia superhero berkenaan. Namun, ada peminat yang kecewa apabila sekuel Black Panther tidak dimasukkan dalam Phase 4. Kevin Feige sekitar 2018pernah menyatakan bahawa ada perancangan untuk sekuel Black Panther.
Walaupun Black Panther 2 tidak dapat direalisasikan dalam Phase 4, laman Wegotthiscovered.com mendedahkan bahawa Marvel Studios kini sedang memulakan pencarian pelakon untuk sekuel filem berkenaan yang akan tiba mungkin dalam fasa MCU akan datang. Paling mengejutkan, pelakon dari Malaysia, Henry Golding juga antara calon yang dipertimbangkan.
Menurut sumber, Henry Golding dipertimbangkan untuk melakonkan watak Namor, makhluk hybrid duyung dan manusia. Namun, berita ini masih awal lagi dan perkembangan filem Black Panther 2 masih lagi di peringkat awal.
Buat masa ini, apa yang pasti, Black Panther tidak akan muncul dengan filem solo dalam Phase 4.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
0 Ulasan