Syafiq Yusof mendedahkan beberapa klu untuk menjawab beberapa persoalan dalam filem Misteri Dilaila. Filem bergenre thriller tersebut kini menjadi perdebatan di kalangan penonton ekoran mempunyai dua ending berbeza di pawagam berbeza. Para peminat juga kelihatan teruja dengan olahan filem berkenaan yang dipenuhi pelbagai persoalan.
Untuk menjawab beberapa soalan yang berada di minda para penonton, Syafiq Yusof mendedahkan beberapa klu untuk membantu penonton memahami filem Misteri Dilaila di laman Twitternya.
Kepada sesiapa yang mencari #MisteriDilaila , Clue pertama : 10 saat awal selepas logo Skop/Astroshaw. Jadi belilah popcorn awal2 supaya tidak terlepas clue pertama 😁— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 21, 2019
Kepada sesiapa yang mencari #MisteriDilaila , Clue ke-dua : Perhatikan babak di luar balai polis pada waktu malam.— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 22, 2019
Korang bolehlah menonton semula jika terlepas klu yang diberikan. Mungkin korang akan ketemu apa yang korang nak tahu. Kami akan kemaskini jika Syafiq Yusof memberikan klu yang lebih lagi selepas ini.
Misteri Dilaila kini di pawagam.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
0 Ulasan