Laman Twitter Filemkita menyatakan bahawa tindakan untuk merahsiakan pawagam mana yang menayangkan versi filem dengan ending yang berbeza adalah kurang beretika. Menerusi thread di laman Twitter, dinyatakan bahawa tindakan itu akan membuatkan penonton terpaksa gamble dan akan menipu penonton semata-mata kepentingan bisnes.
Okay, perihal filem berbeza #MisteriDilaila versi 1 & versi 2. Ada komen mengatakan ia bagus untuk bisnes apabila para penonton akan cuba melengkapkan tontonan ke-dua2 versi. Tapi, dengan merahsiakan pawagam mana V1, pawagam mana V2, para penonton se-olah2 'gamble' & cuba2 nasib.— FILEMKITA (@FilemKita) February 22, 2019
Menyuruh para penonton 'gamble' rasanya macam kurang beretika. Kalau pihak pengedar #MisteriDilaila mahu mempermainkan penonton, kita para penonton juga boleh mempermainkan pihak pengedar iaitu dengan TIDAK MENONTON buat kali kedua selagi senarai pawagam V1 & V2 tidak didedahkan!— FILEMKITA (@FilemKita) February 22, 2019
Tonton sekali saja cukup. Jangan tonton lebih dari sekali di lokasi yang sama. Kalau rasa nak tonton 2 versi berbeza, tunggu senarai pawagam V1 dan V2 dikeluarkan. Kalau tak ada senarai pawagam versi berbeza, tonton sekali saja cukuplah. Jangan 'gamble'!— FILEMKITA (@FilemKita) February 22, 2019
Jadi, pendapat korang, adakah Syafiq Yusof perlu berikan senarai pawagam yang mana menayangkan versi 1 dan versi 2 untuk memudahkan penonton?
Misteri Dilaila kini di pawagam.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
0 Ulasan