Syafiq Yusof mendedahkan bahawa tujuan dia membuat filem dengan dua ending bukanlah untuk mengaut keuntungan berganda. Perkongsian di laman Twitternya mendedahkan bahawa kutipan filem berkenaan tidaklah mengutip kutipan yang memberansangkan tetapi sebaliknya dia bersyukur dengan perkara yang dia buat.
Tujuan aku buat 2 ending bukanlah untuk kaut untung, kalau tak hari pertama dah announce kutipan. Filem ini tidak pecahkan rekod kutipan mana2 filem. Walau apa pun aku tetap bersyukur. Yang penting anda semua terhibur 😊— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 25, 2019
Mengikut apa yang dikatakan, filem Misteri Dilaila tidak mampu lagi memecahkan rekod kutipan mana-mana filem. Namun, kepuasan dia membina naratif yang baru dan segar adalah perkara yang menjadi objektif utama dia membikin filem berkenaan.
Apapun, diharapkan Misteri Dilaila berjaya mengutip kutipan yang memberansangkan walaupun tidak berjaya mencuri tumpuan seperti Munafik 2 garapan abangnya, Syamsul Yusof.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
0 Ulasan