'The Conjuring 3' Bakal Papar Kes Bunuh Yang Berkait Rasukan Hantu


Filem The Conjuring 3 bakal mengisahkan tentang kes pembunuhan yang dibicarakan di mahkamah yang mana turut berkait dengan kes rasukan. Tidak seperti dua filem sebelumnya yang diarahkan oleh James Wan, The Conjuring 3 diarahkan oleh pengarah baru, Michael Chaves yang sebelum ini mengarahkan The Curse of La Llorona.


Bercakap kepada Bloody Disgusting, The Conjuring 3 akan memberikan lebih keseronokan dan pengalaman baru dimana kali ini akan berfokus tentang perbicaraan kes pembunuhan.
It’s not necessarily based on an artifact but it’s based on one of the Warrens’ case files... It’s this guy who was on trial for committing a murder. I think it’s the first time in America’s history where the defendant used possessions as a reason, as an excuse.
Berdasarkan apa yang dikatakan, The Conjuring 3 mungkin akan mengambil kisah perbicaraan Arne Cheyenne Johnson yang berlaki pada tahun 1981. Pada tahun itu, Johnson disabitkan kesalahan kerana membunuh tuan tanahnya, Alan Bono sehingga mati. Disebabkan pembunuhan itu, keluarga kepada kanak-kanak berusia 11 tahun, David Glatzel meminta bantuan pasangan Warren untuk mengusir hantu. 

Pembunuh Alan Bono, Johnson menyatakan bahawa dia dirasuk hantu dari budak tersebut sebelum dia membunuh Bono. Kes itu mendapat liputan meluas media pada era tersebut.  

Dilihat pada kisah ringkas, The Conjuring 3 mungkin akan mirip dengan filem The Exocism of Emily Rose yang mana diadaptasi daripada kisah benar kisah rasukan Anneliese Michel dan juga perbicaraannya. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan