Aquaman kini sudah menjadi filem Warner Bros dengan kutipan tertinggi di China. Menurut satu kenyataan media daripada Warner Bros, Aquaman kini sudah mengutip USD209.5 juta di China. Hal ini sekaligus menjadikan kutipan itu sebagai kutipan tertinggi filem Warner Bros sepanjang masa di negara itu.
Setakat ini, filem superhero ini sudah mengutip lebih USD332.1 juta di seluruh dunia sekaligus sudah berjaya melepasi bajet filem ini yang mana berjumlah USD160 juta. Nampaknya Aquaman arahan James Wan berjaya memberi pulangan yang lumayan.
Selepas Wonder Woman, Aquaman antara filem DC Extended Universe yang mendapat pujian daripada pengkritik. Hal ini berkemungkinan akan membuatkan Warner Bros menerbitkan sekuel filem ini di masa akan datang. Namun, setakat ini masih tiada berita tentang sekuel filem ini dari Warner Bros.
Tahun depan, Warner Bros akan hadir dengan naskah terbaru DC Extended Universe, Shazam!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
0 Ulasan