10 Fakta Tentang Simbol Seks Hollywood, Marilyn Monroe

Korang mesti tak pernah dengar pasal Marilyn Monroe kan? Tapi bagi atuk dan nenek korang, wanita ni ialah diorang punya kegilaan tau.


Berikut ialah 10 fakta pasal Marilyn Monroe.

1. Dia dilahirkan dengan nama Norma Jean Mortenson.

2. Ayahnya tidak diketahui. Ibunya dihantar ke wad mental ketika dia masih muda sehingga menyebabkan dia terpaksa membesar di rumah anak yatim seawal 9 tahun.

3. Berkahwin dengan suami pertamanya, Jim Dougherty pada usia 16 tahun. Perkahwinan mereka kekal selama 4 tahun sahaja.

4. Nama pentas Marilyn Monroe dicipta oleh Ben Leon, ketua pencari bakat di Fox Studios. Namanya diambil dari nama Marilyn Miller, seorang pelakon muzikal di New York. Monroe pula diambil dari nama akhir nenek Marilyn, Monroe.

5. Pada tahun 1950, Marilyn Monroe pernah buat pembedahan hidung.

6. Dia pernah cuba bunuh diri pada tahu. 1950 kerana kematian Johnny Hyde, ejen pencarian bakat yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengannya. Johnny Hyde banyak membantu untuk naikkan karier Marilyn Monroe. Dia pernah cuba bunuh diri kali kedua selepas anak bersama pasangan barunya, Arthur Miller gugur dan gagal diselamatkan.

7. Suka datang lambat ke set. Ketika zaman glamournya, dia juga meminta jadual penggambaran dilakukan mengikut kehendaknya sendiri.

8. Bersama pasangan Arthur Miller, dia mengandung dua kali. Namun, kedua dua kandungan gugur dan tidak dapat diselamatkan.

9. Pernah dipecat dari filem Something Gota Give kerana perangainya.

10. Dikenali sebagai simbol seks di zamannya.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan