Di akhir filem Munafik 2, kita didedahkan bahawa Ustaz Adam sebenarnya membunuh ibunya sendiri ketika dirasuk. Namun, pembunuhan itu tidak dijelaskan dalam gaya yang kukuh untuk menuduh Ustaz Adam sebagai pembunuh ibunya sendiri.
Admin ada teori, bukan Ustaz Adam yang bunuh ibunya.
Meh admin cite.
1. Pertama, ketika Ustaz Adam nak ingat kembali dosa dia, Abu Ja tak mention directly yang Ustaz Adam bunuh ibu dia. Abu Ja hanya minta Ustaz Adam untuk ingat dosa besar dia sahaja.
2. Ustaz Adam yang tergantung muhasabah diri. Kita tak tahu sama ada antara dosa besar dia ialah biarkan syaitan menghasut dirinya untuk berpaling dari ajarannya kerana dendamnya dek kematian isteri dan anak. Kita tak tahu ada lagi dosa besar Ustaz Adam yang lain.
3. Tapi, apa yang kita tahu, Ustaz Adam mengingati mungkin dia ialah pembunuh ibunya sendiri. Ingat, mungkin. Bukan benar benar pasti dia bunuh. Flashback yang kita nampak ialah kemungkinan yang difikirkan oleh Ustaz Adam. Kan masa tu dia tengah celaru. Orang celaru, dia boleh fikir apa sahaja yang terlintas walaupun ianya tidak benar. Orang celaru juga senang percaya pada orang lain.
4. Kebarangkalian yang berada di fikiran Ustaz Adam itu lalu disokong oleh Omar bila Omar menyebut tentang hal dia bunuh ibunya sendiri. Ingat, Abu Ja suruh fikir pasal dosa. Hanya Omar yang mention yang Ustaz Adam bunuh ibu dia. Adakah Omar lebih tahu pasal pembunuhan itu kerana dia berada di rumah Ustaz Adam? Adakah Omar sengaja frame Ustaz Adam? Omar tu munafik. Dia mampu buat apa je tau!
5. Sampailah kepada persoalan utama, adakah Ustaz Adam bunuh ibu dia? Kemungkinan besar tidak. Kenapa? Dia berada dalam keadaan kesakitan setelah diseksa. Mindanya tidak waras. Dia boleh fikir apa sahaja.
6. Omar yang menanam kepercayaan supaya Ustaz Adam lebih yakin bahawa dia yang bunuh ibu dia sendiri. Sedar atau tidak, Abu Ja tak kata apapun pasal pembunuhan tu. Diulang, Omar sengaja frame Ustaz Adam supaya dia lagi terseksa.
7. Adalah tidak logik untuk Ustaz Adam jadi suspek pembunuhan kerana beberapa sebab berikut: 1. Bagaimana dia boleh bunuh ibu dia, kemudian melarikan diri dari situ ke sungai? 2. Tiada saksi yang menyaksikan kejadian. Flashback yang ditunjukkan hanyalah kemungkinan yang berada di fikiran Ustaz Adam yang sedang celaru. 3. Tak logik Ustaz Adam tidak disedari melarikan diri dari rumah lepas bunuh ibu dia. Sebab waktu itu tengah malam, semua tingkap dan pintu berkunci, secara logik lah.
8. Jadi, siapa bunuh ibunya. Ini teorinya. Admin kuat menyatakan bahawa Omar ialah pembunuh yang sebenar. Bagaimana dia bunuh? Senang je. Abu Ja gunakan jin yang dihantar untuk rasuk Ustaz Adam keluar dari rumahnya. Dan lepas Ustaz Adam tiada dalam rumah, Omar masuk dan bunuh.
9. Ini dikukuhkan lagi dengan scene sebelum kematian ibunya. Jika ada jin yang rasuk Ustaz Adam dan bunuh ibunya, siapa yang tolak pintu sampai kena hidung ibu dia? Jika ada jin yang tolak pintu bilik, takkan dia merasuk Ustaz Adam pada masa yang sama?
10. Admin kuat menyatakan bahawa jin yang merasuk Ustaz Adam sudah bawa Ustaz Adam ke sungai atas perintah Abu Ja, meninggalkannya tanpa sedarkan diri, dan kemudiannya kembali ke rumah untuk bantu Omar laksanakan tugasnya. Dalam teori ini, Omar ialah pembunuh ibu Ustaz Adam.
Amacam? Ada hujah yang nak disangkal? Apapun, ni teori je tau. Kebenarannya hanya Syamsul Yusof yang tahu.
Dipetik dari status Facebook asal: https://www.facebook.com/sukafilem/posts/1949047828493895
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
0 Ulasan