WB Mahu Pelawa James Gunn Untuk Buat Filem Superhero

Selepas dipecat oleh Marvel Studio, James Gunn kini menjadi sasaran beberapa studio besar. Menurut The Hollywood Reporter, beberapa orang eksekutif studio telah medatangi James Gunn dengan beberapa proposal filem untuk diarahkannya. Antara studio yang datang menemui James Gunn ialah Warner Bros.


Malangnya, James Gunn tidak dapat menerima sebarang pelawaan itu sehinggalah proses pemecatannya betul betul selesai mengikut prosedur. Marvel Studio dilaporkan akan menggunakan skrip James Gunn untuk filem Guardians of the Galaxy Vol 3 namun James Gunn mungkin tidak akan kembali mengarahkannya. 

James Gunn menjadi pengarah kegemaran peminat apabila berjaya menarik penonton untuk menonton filem Guardians of the Galaxy yang diadaptasi dari komik Marvel. Pemecatan James Gunn kini nampaknya sedang menjadi ruang untuk studio lain untuk menarik James Gunn untuk bersama mereka. 

Marvel Studio sudah pasti tidak berfikir tentang kesan ini dan masa hadapan MCU tanpa James Gunn sebagai salah satu pengarahnya. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan