Babak Deadpool 2 yang menunjukkan Wade Wilson merentas masa dan membunuh Hitler yang masih bayi ditayangkan di San Diego Comic-con 2018. Babak post-credit tersebut mungkin sebahagian daripada kejadian yang dilakukan selepas Negasonic Teenage Warhead dan Yukio siap membaiki alat merentas masa Cable yang rosak.
Di dalam Hall H, para hadirin ditunjukkan dengan babak pembunuhan tersebut yang tiada di dalam filem. Babak tersebut memaparkan Deadpool masuk ke dalam pusat jagaan bayi dan ditangkap oleh pengawal. Deadpool kemudiannya menyebut perkataan 'maximum effort'. Babak tersebut berakhir dengan babak Deadpool bersedia untuk membunuh Hitler yang masih bayi.
Para penonton bukan sahaja disajikan dengan babak pembunuhan bayi itu sahaja. Ada beberapa babak lain yang tiada dalam filem yang ditayangkan sekali seperti babak Deadpool cuba untuk membuktikan kepada Negasonic dan Yukio yang dia sudah berubah.
Deadpool 2 akan diterbitkan dalam format Super Duper Cut untuk versi home entertainment. Berkemungkinan kesemua babak yang dibuang akan turut disertakan dalam versi home entertainment nanti.
0 Ulasan