James Wan memberi hint tentang babak pertarungan di dalam laut yang bakal dipaparkan dalam filem Aquaman. Selepas kegagalan filem DC pada tahun 2017, Warner Bros berharap Aquaman bakal memberi sinar baru kepada DCEU sekali lagi. James Wan diberi kebebasan untuk menghasilkan filem tersebut mengikut acuannya.
Babak dasar laut pertama kali ditayangkan dalam filem Justice League. Namun, adegan tersebut hanyalah sebagai sebuah babak pengenalan sahaja. Baru-baru ini, James Wan memuat naik gambar Dunko Pop sambil mendedahkan sebuah skrin yang digunakan untuk editing di belakangnya.
Berdasarkan gambar, kelihatan pahlawan Atlantis mengenakan pakaian perang tradisi mereka. Namun, dapat dilihat bahawa kedua-dua pahlawan yang bertarung mengenakan pakaian tradisi yang berbeza sekaligus menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mungkin berasal dari puak yang berbeza. Dari foto itu tidak pula dapat dikenalpasti kenapa mereka bertarung dengan jelas.
Namun, visual ini cukup untuk menambahkan keterujaan untuk filem Aquaman yang bakal ditayangkan pada Disember 2018.
0 Ulasan