Bagaimana Steve Trevor Kembali Dari Kematian Dalam 'Wonder Woman 2'



Beberapa hari lepas, tular di media sosial tentang beberapa keping gambar dari filem Wonder Wman 2 yang sudah pun menjalani penggambaran. Penonton akan dibawa ke tahun 1984 dalam sekuel arahan Petty Jenkin kali ini. Uniknya, watak Steve Trevor yang mati di akhir filem pertama akan kembali dalam filem ini.


Namun, persoalan timbul tentang bagaimanakah Wonder Woman 2 akan menceritakan kontinuiti watak Steve Trevor. Adakah Steve Trevor akan kembali melalui flashback, atau adakah wujud elemen rentas masa yang akan membawa Steve Trevor kembali ke dunia Wonder Woman?

Setakat ini, maklumat bagaimana Steve Trevor akan kembali masih tidak dapat diketahui sepenuhnya. Namun, seorang pengguna Twitter, mendedahkan beberapa kemungkinan tentang watak Steve Trevor yang berlegar di kepala peminat.

Pengguna Twitter menggunakan akaun DanielRPK mendedahkan bahawa Pedro Paskal terlibat dalam filem ini. Wataknya dikatakan sebagai tuhan yang berada dalam penyamaran. Ini membawa kepada teori bahawa berkemungkinan Pedro Paskal ialah tuhan yang menyamar dalam rupa Steve Trevor. Jika teori ini benar, bermakna Steve Trevor benar-benar mati dalam filem sebelumnya.


Namun, selepas itu, dia menyatakan bahawa Steve Trevor sebenarnya wujud dan ianya ialah Steve Trevor yang sebenar. Jadi, persoalan ini membuka persoalan baru. Apakah sebenarnya tujuan Steve Trevor kembali dalam sekuel kali ini? Apakah watak Steve Trevor ini ada sesuatu yang misteri?

Apapun, semuanya akan terjawab apabila Wonder Woman 2 ditayangkan pada tahun 2019 kelak.

Checkout Youtube kami dah subscribe tau!

Catat Ulasan

0 Ulasan