Ryan Reynolds Dedahkan Kenapa Deadpool Selamatkan Peter Dalam 'Deadpool 2'


Deapool 2 nampaknya mendapat reaksi positif dengan kejutan yang tidak dijangkakan. Para peminat nampaknya berjaya dikejutkan dengan pelbagai babak yang tidak diduga dan kemunculan cameo yang tidak diketahui pada asalnya. Walaupun begitu, Deadpool 2 tidak lari daripada kecaman apabila elemen time travelnya sedikit menggila.


Antara babak yang menarik dan mengejutkan dalam filem Deadpool 2 ialah dimana Deadpool mengembara untuk menyelamatkan salah seorang ahli X-Force. Deadpool memilih untuk menyelamatkan Peter daripada nasib malangnya. Para penonton tertanya-tanya kenapa Deadpool tidak menyelamatkan ahli X-Force yang lain. Ini jawapan daripada Ryan Reynolds sendiri ketika ditanya Comicbook.com.
Well here's the thing though, I always felt that it was important to save Peter, just because in the helicopter before we jump, I say to him 'I'd never let anything happen to you, sugar bear. I'm just saying this to impress the other guys.' And we all jump out of the thing. So I felt like that was a promise that Wade made early on in the movie, and it was nagging him, so he went back and got Peter.
Penjelasan Ryan Reynolds nampaknya masuk akal. Namun, mengembalikan Peter ialah satu perkara yang menarik apabila karakter tersebut tiba-tiba mendapat perhatian daripada penonton semenjak kemunculan pertamanya dalam trailer. Deadpool 2 kini di pawagam.

Catat Ulasan

0 Ulasan