Kemunculan Wolverine Dalam 'Deadpool 2' Hampir Gagal Direalisasikan

Ryan Reynolds dan penerbit nampaknya mempunyai halangan yang besar untuk mendapatkan footage dari filem X-men Origins: Wolverine untuk melengkapkan filem Deadpool 2. Walaupun akhirnya, dia berjaya untuk meletakkan babak kelakar tersebut dan menyebabkan ramai penonton bercakap tentangnya, ianya ialah kejayaan daripada usaha yang agak rumit.


Bercakap dengan Empire Film Podcast, Ryan Reynolds sempat berbual tentang proses untuk mendapatkan footage dari filem X-men Origins: Wolverine tersebut yang mana mempunyai halangan yang rumit kerana rakaman asal filem tersebut rosak.
We had a dick of a time trying to get the actual raw footage though from X-Men Origins: Wolverine. The movie was shot on film, it wasn’t shot on digital so it was harder to get. We were sitting there on the Fox lot, the exact piece of the movie we need had been damaged on whatever the transfer was, so we had to go to some backup which was in some vault somewhere in the middle of the country, the United States, and we ended up finally, at the last second inputting it into the movie. For me, I was literally losing sleep over it though, I was thinking ‘oh my god, how are we going to do this, am I going to have to call Hugh and ask him to shoot this chunk that looks exactly like a movie he’s already done?’ I can’t think of a worse hell for a human being to do.
Ketika penggambaran, Hugh Jackman tidak dapat kembali untuk melakonkan wataknya sebagai Wolverine. Ini sekaligus memerlukan pihak penerbit menggunakan stock footage dari filem asal yang mana memerlukan usaha yang lebih untuk mengembalikan saat itu. Nampaknya, usaha mereka tidak sia-sia apabila babak tersebut menjadi bualan dan dipuji peminat.

Catat Ulasan

0 Ulasan