Huraian Elemen Merentas Masa Yang Memeningkan Dalam Filem 'Deadpool 2' [SPOILER ALERT]



Elemen pengembaraan masa dalam Deadpool 2 sebenarnya tidak masuk akal. Ianya ialah perkara yang lagi memeningkan jika difikirkan. Elemen ini sememangnya sudah dijangka semenjak watak Cable akan menyertai barisan watak filem Deadpool 2. Kitorang akan cuba menjelaskan bagaimana elemen pengembaraan masa dalam filem ini akan memberi kesan kepada kejadian-kejadian di masa depan dan seangkatan.



Elemen penembaraan masa dalam filem ini ada dua objektif. Satu, pengembaraan masa dalam filem ni cuba untuk mencipta satu peraturan tentang bagaimana masa lalu boleh diubah tanpa memberikan plothole kepada filem tersebut. Antara filem yang berjaya melakukannya ialah The Terminator dan Looper. Kedua, elemen pengembaraan masa dalam filem ni cuba untuk meyakinkan penonton tentang logik pengembaraan masa itu tanpa memberi kesukaran kepada penonton.

Deadpool 2 nampaknya melakukan elemen pengembaraan masanya dengan mekanik yang mudah namun tidak diperjelaskan dengan teliti. Ianya menggabungkan kesemua konsep pengembaraan masa dan memeningkan kepala jika difikirkan lebih dalam. Tak percaya, kitorang akan jelaskan bagaimana peningnya elemen pengembaraan masa dalam Deadpool 2.

Bersedia!


GARIS MASA PENGEMBARAAN MASA DEADPOOL 2

kredit gambar: Screenrant.com
Satu cara yang logik untuk menjelaskan elemen pengembaraan masa filem Deadpool 2 ialah dengan melihat kepada 'theory of multiple timelines'. Teori ini menekankan bahawa terdapat beberapa garis masa yang berada serentak kerana diciptakan oleh pengembaraan masa itu sendiri

Kita mulakan dengan timeline A, yang mana mempunyai kesemua plot Deadpool dari filem pertama sehinggalah Deadpool 2 dan sehinggalah ketibaan Cable. Timeline ini, jika Cable tidak masuk campur dan bunuh Russell, maka di masa hadapan, dunia akan menghadapi perperangan dan Russell akan menjadi Firefist. Dalam timeline ini, keluarga Cable akan dibunuh dan akan menyebabkan Cable merentas masa ke timeline B

Apabila Cable merentas masa ke timeline B, Cable telah mencipta satu masa hadapan yang mana seperti filem Terminator 2: Judgement Day dimana apa yang berlaku di masa hadapan masih boleh berlaku walaupun beberapa perubahan pada timeline berlaku. Kehadiran Cable setelah merentas masa tidak memberi impak besar selagi dia tidak membunuh Russell. Idea ini menegaskan bahawa apabila seseorang mahu mengubah masa depan, ini hanya boleh dilakukan dengan mengubah satu bahagian kehidupan yang penting. Dan ianya akan mencipta 'butterfly effect' yang akan mengurangkan kesannya kepada masa hadapan.

Dalam timeline A, jika Cable hidup tanpa mengganggu masa, di masa hadapan, anaknya akan mati. Cable merentas masa ke timeline B, dan ini sekaligus menyelamatkan Hope, tetapi pada masa yang sama menyebabkan Deadpool mati. Disebabkan kasihan dengan kesetiaan dan kasih sayang Deadpool, Cable merentas masa sekali lagi, menghasilkan timeline C yang mana dia menyelamatkan Wade Wilson daripada kematian. 

Timeline B dan Timeline C memberi kesan yang sama. Dua-dua garis masa ini akan membawa kepada selamatnya keluarga Cable di masa hadapan. Namun, apabila difikirkan kaedah pengembaraan masa, itu yang sedikit memeningkan.

Jika Cable dari timeline B merentas masa ke timeline C, maka akan ada dua Cable serentak! Maka, seluruh carita akan menjadi haru biru!. Maka, boleh disimpulkan bahawa Cable merentas masa secara mentalnya sahaja dan bukan membawa jasadnya. Jadi, Cable dalam timeline C mempunyai memori Cable dalam timeline C dan juga A!

Jika difikirkan kembali tentang bagaimana Cable merentas masa ke timeline C yang sekaligus menjadikan pengakhiran gembira yang menjadi alternatif kepada timeline B, persoalannya masih lagi berlegar tentang memori watak Deadpool. Deadpool sebenarnya ingin menyelamatkan Russell kerana mahu berbuat baik dan dapat bertemu Vanessa, ini dalam timeline B. Jika, Deadpool diselamatkan oleh Cable dalam timeline C, maka objektif Deadpool untuk bertemu Vanessa tidak kesampaian. Dan kesemua kejadian ini di masa lalu, hanya Cable yang tahu kerana dia yang melakukan pengembaraan masa tersebut.

Jadi, adakah Deadpool di timeline C sedar bahawa dia pernah mati dalam timeline B? Atau dia tidak pernah tahu langsung bahawa dia pernah ditembak?

MASALAH GARIS MASA POST-CREDIT

kredit gambar: Screenrant.com


Post-credit filem Deadpool 2 juga mempunyai elemen merentas masa yang gila. Dan ianya semestinya dikatakan sesuatu yang kreatif dan menarik. Pengembaraan masa dalam post-credit melibatkan pengembaraan masa ke garis masa filem itu sendiri, keseluruhan francais dan juga realiti sebenar. Ini ialah sesuatu yang tidak pernah dibuat apabila Deadpool memecahkan tradisi time travel sebegini rupa.



Deadpool pada awalnya merentas masa dan menyelamatkan Vanessa daripada dibunuh. Ianya menunjukkan bahawa Deadpool merentas masa ke awal garisan timeline C yang mana kehidupannya masih sama dengan timeline A. Hal ini mencipta satu lagi timeline yang kita kenali sebagai timeline D. Di timeline D, Vanessa terselamat. Dan jika Vanessa terselamat, maka Deadpool akan mengabaikan Russell. Dan X-Force takkan wujud. Dan semua kejadian dalam Deadpool 2 takkan terjadi.

Selepas itu, kita dapat lihat Deadpool merentas masa menyelamatkan Peter. Jika ini berada di timeline D, adalah tidak logik. Timeline D ialah timeline dimana X-Force dan semua kejadian filem ini tidak berlaku. Jadi, secara teorinya, Deadpool merentas masa ke timeline B atau C dimana X-Force dah terbentuk. Maka, dapat disimpulkan bahawa alat pengembaraan masa Cable membolehkan kita merentas masa melalui garis masa yang pelbagai. 

Ada juga kemungkinan bahawa Deadpool merentas masa dari timeline D ke timeline E yang mana berkemungkinan X-Force mungkin terbentuk di sana. Jika begitu, timeline E ialah timeline yang sebenar bagi timeline C dan hanya dua karakter sahaja yang hidup.

Seterusnya, Deadpool pergi membunuh Wade dalam filem X-men Origins: Wolverine dan Ryan Reynolds yang mana lagi memeningkan kepala. Jika dalam dua pengembaraan masa sebelum ini, Deadpool merentas masa menggunakan mentalnya sahaja dan tidak mewujudkan dua Deadpool dalam satu garis masa, kali ini Deadpool merentas masa dengan membawa jasadnya sekali.

Hal ini membolehkan dia membunuh Wade Wilson dalam filem X-men Origins: Wolverine yang bukan dikira sebagai dirinya, dan juga Ryan Reynolds, yang juga bukan dirinya sekarang. Masalahnya, jika Deadpool bunuh Ryan Reynolds, maka Deadpool takkan ada! Oh, so memeningkan. Tapi, ianya hanya jenaka. So, abaikanlah garis masanya. Hehehe!

KESIMPULAN

Jadi, elemen pengembaraan masa dalam Deadpool memang gila. Deapool tidak menekankan satu peraturan rentas masa sebaliknya melanggar sahaja elemen pengembaraan masa dalam filem. Namun, untuk sebuah filem hiburan, maka ianya tidaklah perlu difikirkan sangat. X-Force terbentuk dalam timeline B, C, D dan E hanya kerana mahu menghalang Cable. Tetapi, kesemua ini tidak akan berlaku jika Vanessa tidak mati.

Tapi, fikirkan, dah kalau Vanessa hidup, X-Force takkan ada? Cable mungkin akan berjaya bunuh Russell sebab Deadpool tak masuk campur. Argh, pening siot. The end.

Catat Ulasan

0 Ulasan