Babak Deadpool Bunuh Bayi Bernama Hitler Dalam 'Deadpool 2' Dibuang Selepas Test Screening



Satu babak Deadpool 2 yang mana menunjukkan Deadpool membunuh seorang bayi yang dikatakan sebagai Hitler dibuang selepas mendapat reaksi kurang memuaskan daripada penonton yang menonton filem itu dalam satu tayangan percubaan. Perkara ini dilaporkan oleh MCU Cosmic yang menyatakan bahawa adegan itu mendapat reaksi negatif walaupun bayi yang dibunuh Deadpool itu ialah Hitler yang masih kecil.



Idea yang dikenali sebagai The Baby Hitler Problem sudah dibincangkan secara teori agak lama. Persoalan apakah kita mampu mengubah dunia jika Hitler dibunuh semenjak lahir jika kita mampu kembali ke masa silam sudah dibincangkan agak lama. Jika Hitler dibunuh pada awal kelahirannya, pasti tidak ada jutaan manusia yang mati kesakitan dan didera.

Babak yang dipotong itu bukanlah sebahagian plot cerita Deadpool 2. Sebaliknya, ianya hanya sebuah babak post-credit sahaja. Dikatakan bahawa babak tersebut menampilkan Deadpool berada di wad bersalin dan berdiri di harapan seorang bayi yang tertulis "A. Hitler". Deadpool dikatakan mundar mandir untuk membuat keputusan. Selepas itu, bayi-bayi lain mulai menangis. Deadpool mengeluarkan dialog "Shut up Ira, you'll thank me someday!". Babak itu diakhiri dengan kamera menunjukkan Deadpool cuba untuk mencekik bayi Hitler.

Walaupun Deadpool 2 masih diklasifikasikan sebagai Rated-R. Filem ini nampaknya mempunyai kisah yang lebih berani daripada filem pertama. Mungkin juga kita dapat melihat babak ini jika ianya diterbitkan dalam versi Blu-ray nanti.


Catat Ulasan

0 Ulasan