Black Panther kini sudah menjana keuntungan sebanyak USD665 juta untuk kutipan domestik sekaligus menjadikan filem ini sebuah filem Disney dan Marvel ketiga terlaris di dalam sejarah Amerika. Secara rasminya kini, filem ke lapan belas terbitan Marvel ini sudah melepasi kutipan Titanic dan sedikit lagi bakal memotong Star Wars: The Force Awakens dan Avatar.
Filem lakonan Chadwick Boseman ini menjadi sebuah fenomena dan memecahkan pelbagai rekod dan hukum filem Hollywood. Untuk kutipan global, Black Panther kini sudah mengutip hampir USD1.3 billion semenjak ditayangkan bermula pada bulan Februari.
Untuk info, kutipan Titanic pada tahun tayangannya berjaya mengutip USD659 juta sebelum dipotong oleh Avatar yang mengutip USD760 juta. Selepas beberapa lama Avatar menduduki tempat pertama, filem Star Wars: The Force Awakens mencantas kutipan itu dengan mengutip USD936 juta keseluruhannya.
Adakah Black Panther boleh mencantas kutipan Avatar pula selepas ini? Hanya masa menentukan!
0 Ulasan