Pengarah filem Suicide Squad, David Ayer menjelaskan tentang babak watak Joker lakonan Jared Leto yang dibuang daripada filem Suicide Squad namun dapat dilihat melalui trailer. Babak tersebut ialah babak Joker yang berada dalam tuxedo yang dipenuhi darah.
David Ayer menjelaskan huraian babak tersebut di Twitternya yang mana ianya melibatkan plot Joker dan Enchantress yang dipilih untuk dibuang daripada filem tersebut.
After Joker dropped HQ from the help and crashed, Enchantress made a deal with him. He was going to take Harley home and be “King of Gotham” Harley stood up to him and refused to betray her new friends. The Squad turned on him and he escaped. https://t.co/unnOewEYBQ— David Ayer (@DavidAyerMovies) March 24, 2018
Tidak dapat dipastikan kenapa babak ini dibuang. Namun, mungkin subplot ini terlalu membuatkan filem ini menjadi lebih komples. Namun, agak menghampakan apabila watak Joker yang mana menjadi watak yang dipromosikan berakhir dengan kemunculannya yang hanya sekali sekala. Sebelum ini, Ayer pernah menyesali tindakannya itu dan mengharapkan bahawa Joker menjadi antagonis utama filem Suicide Squad.
0 Ulasan