Selepas bertahun menunggu, nampaknya Black Panther berjaya difilemkan. Diarahkan oleh Ryan Coogler dan dibintangi oleh Chadwick Boseman, Black Panther kini menjadi sebuah filem Marvelyang sangat dipuji pengkritik dan juga berjaya dari segi kutipannya. Anda mungkin bertanya, kenapa mengambil masa yang lama untuk watak ini difilemkan?
Ini jawapannya.
Pada sekitar 80an dan 90an, Marvel sedang berusaha menjual pelbagai watak-watak superhero mereka kepada studio Hollywood. Seperti mana yang diketahui sekarang, ada beberapa watak superhero yang sudah kembali kepada Marvel Studio kembali. Namun, ada beberapa watak yang masih lagi mengalami masalah hak cipta.
Black Panther menjadi antara karakter paling awal di jual lalu kembali semula kepada Marvel. Ianya pernah dibeli oleh Columbia Pictures pada awal 90an dan mereka bercadang untuk mencipta filem Black Panther mereka sendiri pada tahun 1994 yang mana bakal dibintangi Wesley Snipes.
Stan Lee pada ketika itu bersetuju dengan filem yang bakal difilemkan. Namun, filem tersebut ditangguhkan selama bertahun sehinggalah pada tahun 1996, Stan Lee menyatakan bahawa sebab penangguhan ialah kerana dia tidak bersetuju dengan skrip filem tersebut.
Pada tahun 2000, Artisan Entertainment membeli hakcipta Black Panther dan cuba untuk menerbitkan filem Black Panther mereka sendiri. Perjanjian hakcipta Black Panther bersama Artisan Entertainment melibatkan 15 watak superhero termasuklah Thor, Deadpool, Captain America dan Iron Fist.
Namun semuanya gagal menjadi kenyataan apabila pada tahu 2003, Artisan Entertainment dibeli oleh Lionsgate Films dan memegang hak cipta yang dibeli sebelum itu. Ketika itu, Wesley Snipes cuba untuk memberi idea untuk filem Black Panther walaupun dia sedang sibuk dengan filem Blade 3. Lionsgate tidak pernah berminat untuk membuat filem Black Panther, jadi hakcipta itu dikembalikan kepada Marvel.
Selepas bertahun membikin filem bersama Sony, Fox, Paramount dan lainnya, Marvel akhirnya memilih untuk membikin filem mereka sendiri dan studio-studio yang pernah menerbitkan filem mereka dahulu akan bertindak sebagai pengedar. Pada tahun 2005, di bulan September, Marvel menukar nama mereka kepada Marvel Entertainment dengan meminjam USD525 juta daripada pelbagai sumber untuk membikin filem mereka sendiri.
Perancangan awal mereka ialah untuk membikin 10 filem blockbuster dengan kos produksi mencecah USD165 setiap satunya dengan Paramount dan Universal Pictures bertindak sebagai pengedar filem tersebut di seluruh dunia.
Iron Man diperoleh semula daripada New Line Cinema pada November 2005. Thor, Hulk dan Black Widow pula kembali ke 'rumah' asal mereka pada sekitar 2006. Itulah permulaan kepada perancangan awal Marvel Cinematic Universe pada tahun 2008. Walaupun Black Panther menjadi antara karakter terawal kembali kepada Marvel, proses pembikinannnya memakan masa yang lama.
Pada tahun 2007, perbincangan demi perbincangan dilakukan untuk merealisasikan filem Black Panther. Wesley Snipes nampaknya tidak berapa bersetuju dengan filem Black Panther yang bakal dibikin. Idea untuk mencipta kisah Black Panther juga gagal mencapai kesepakatan. Lalu, Black Panther 'direhatkan' buat sementara.
Iron Man, Hulk, Thor, Captain America memulakan langkah dahulu. Pada tahun 2014, barulah perancangan filem Black Panther mencapai kesepakatan. Chadwick Boseman dipilih untuk melakonkan karakter itu dan Ryan Coogler menjadi pengarahnya. Dan itulah kisah 24 tahun perjalanan Black Panther sebelum ianya menjadi filem seperti yang anda saksikan sekarang.
0 Ulasan