Easter Egg 'Black Panther' Sudah Disembunyikan Dalam 3 Filem MCU Sebelum Ini

Black Panther akan ditayangkan bermula 14 Februari. Watak superhero dari Wakanda ini mungkin akan membuat kemunculan pertamanya dalam sebuah filem untuknya selepas kemunculannya dalam Captain America: Civil War. Watak ini yang mana menjadi watak superhero Afrika pertama MCU yang muncul dalam dunia sinematik Marvel ini sebenarnya bukan baru, jika anda sedar!


Wakanda dan Black Panther sebenarnya sudah wujud semenjak Iron Man 2 (2010). Di dalam filem tersebut, peta Wakanda muncul di dalam beberapa babak sekaligus menunjukkan perancangan awal Marvel untuk mewujudkan filem khas mengenai Black Panther. 

Malah, dalam filem Captain America: The First Avenger (2011), vibranium yang menjadi sumber utama di Wakanda mula ditonjolkan melalui perisai yang digunakan oleh Captain America. Sekaligus, menunjukkan bahawa Wakanda sudah wujud semenjak zaman Nazi lagi. 

Di dalam Avengers: Age of Ultron (2015), Bruce Banner telah menyebut nama tempat Wakanda walaupun ianya dalam sebutan yang salah. 

Tonton video ini untuk lebih info:


Black Panther sudah mula ditayangkan di pawagam mulai hari ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan