Semenjak kelahiran filem-filem superhero, ramai penduduk Malaysia sudah menggilai cosplay. Ramai yang tidak lagi segan silu untuk berpakaian mirip watak superhero dan juga mengambil masa dan wang untuk menyiapkan pakaian cosplay mereka. Malah, jika dilihat, cosplay juga sering digunakan untuk menarik perhatian pelajar di sekolah.
Pada 3 Januari 2018, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu garis panduan berkenaan pakaian cosplay. Anda boleh baca artikel penuh di link berikut: https://goo.gl/MbsdiC. Tapi, bagi yang malas membaca dengan panjang, berikut ialah huraian ringkas kami berdasarkan hukum memakai cosplay bagi seorang muslim.
1. Kostum kartun kanak-kanak dibolehkan. Jabatan Mufti berpendapat bahawa memakai kostum watak seperti Didi and Friend dan lain-lain dibolehkan tetapi perlu hanya untuk hiburan dan pembelajaran kanak-kanak semata-mata. Namun, ianya perlu dihadkan pemakaiannya supaya kanak-kanak faham bahawa watak-watak tersebut khayalan sahaja.
2. Kostum maskot sukan dibolehkan untuk menaikkan semangat dan hiburan kepada penonton.
3. Makruh memakai pakaian badut sambil berjenaka. Namun, jika mahu mengenakan untuk tujuan tertentu seperti pembelajaran dan hiburan, si pemakai haruslah mengikut kriteria seperti tidak melampau batas sehingga melupakan solat, tidak bergurau senda dengan memperlekehkan orang lain, tidak boleh berbohong dalam lawak dan tidak mempermainkan agama.
4. Berkenaan kostum watak superhero, pemakai harus melihat aspek-aspek kostum watak yang dipakai, kosnya, masa yang diperuntukkan dan tujuannya. Akan menjadi haram hukumnya jika kostum tersebut mendedahkan aurat. Jika ianya menyerupai dewa-dewa agama lain, ianya juga haram. Jika ianya memerlukan belanja besar dan membazir, ianya juga haram. Jika mahu menunjuk nunjuk, maka ianya makruh.
5.Kesimpulannya, kami petik terus dari link asal,
Setelah meneliti isu ini, kami berpandangan bahawa dilarang bagi seseorang Muslim itu untuk memakai kostum atau cosplay kecuali dengan kriteria-kriteria yang telah kami sebut di atas. Selain daripada garis panduan yang telah dinyatakan di atas, kami melihat bahawa pemakaian sebahagian kostum atau cosplay tertentu adalah lebih kepada untuk menunjuk-nunjuk dan boleh mendatangkan fitnah kepada agama Islam itu sendiri. Selain itu, ianya juga termasuk dalam kategori pembaziran duit dan masa dimana Allah SWT melarang keras hambanya daripada melakukan apa-apa pembaziran dalam kehidupan.Pandangan anda?
0 Ulasan