Baiklah, malam ini kami akan kisahkan sebuah lagi kisah seram yang pernah disiasat oleh Ed dan Lorraine Warren. Anda semestinya pernah menonton kisah ini yang pernah difilemkan dalam filem The Conjuring. Kisah sekeluarga yang berlaku ini berlaku di Harrisville, Rhode Island pada tahun 1971 dan menjadi sensasi pada masaitu.
Al-kisah Bermula
Pada tahun 1971, keluarga Perons dihantui oleh pelbagai gangguan yang dikatakan daripada roh seorang perempuan yang pernah menduduki rumah itu yang bernama Bathsheba Sherman. Dia dikatakana pernah menduduki rumah itu pada sekitar tahun 1800an dan dikatakan mengamalkan ilmu sihir. Dikatakan sebelum dia meninggal, dia menyumpah kawasan itu dan sesiapa sahaja yang mendiami kawasan itu akan meninggal secara misteri.
Daripada penyiasatan, didapati bahawa selama lapan generasi Sherman telah mati dibunuh dan juga meninggal secara semulajadi di dalam rumah itu. Anak sulung keluarga Perron, Andrea telah menulis buku berkenaan kisah ini pada tahun 2011 yang diberi tajuk House of Darkness, House of Light yang mana mengisahkan bagaimana kejadian mereka dihantui di rumah tersebut.
Kisah ini kemudiannya difilemkan oleh James Wan dengan mengambil inspirasi daripada kejadian sebenar.
Kisah Gangguan
Ketika awalnya, gangguan di dalam rumah ini kelihatan biasa. Dikhabarkan bahawa hantu-hantu ini menjelma dalam keadaan yang tidak mengganggu. Anak-anak keluarga Perron yakni Andrea, Nancy, Christine, Cindy dan April kelihatan tidak berapa terganggu apabila dua kelibat yang sering menjelmakan diri tidak pernah mengganggu mereka.
Mereka menyatakan bahawa entiti pertama ialah hantu Mrs Arnold yang mana dikhabarkan sering berada di bilik untuk menidurkan mereka dan mendium dahi mereka sebelum tidur. Satu lagi entiti yang dilaporkan pernah muncul ialah Johnny Arnold, seorang lelaki yang dikatakan telah menggantungkan diri di loteng pada abad ke 18. Anak-anak Perrons menamakan entiti ini 'Manny' dan rajin bermain dengan mereka.
Keluarga ini juga tidak pernah kisah dengan gangguan entiti yang dipanggil 'the sweeping ghost'. Entiti ini sering didengari dari jauh dan kedengaran seperti bunyi penyapu yang sedang menyapu lantai rumah. Apabila keluarga ini menyiasat, mereka akan menemui penyapu mereka yang tersandar di dinding dan juga bekas sampah yang dipenuhi sampah dan kotoran.
Setiap jam 5.15 pagi, entiti yang sering mengeluarkan bau seperti daging busuk pula sering melawat keluarga ini yang sedang nyenyak tidur. Entiti ini akan mengangkat katil mereka dan menolak sesiapa sahaja yang berada di atas katil.
Keluarga Perron juga menyatakan bahawa terdapat roh jahat di dalam rumah tersebut yang mana sering menarik rambut anak-anak mereka dan menghempas pintu dan sering membuat gangguan. Pada satu malam, keluarga tersebut mendapat bisikan yang memberitahu bahawa terdapat tujuh orang askar yang telah ditanam di dalam dinding rumah mereka.
Kehadiran Ed dan Lorraine Warren
Kisah ini mendapat perhatian Ed dan Lorraine Warren, pakar paranormal yang terkenal ketika itu. Lorraine menyatakan bahawa dia dapat mengesan kekuatan entiti roh Bathsheba yang menjadi punca kepada semua gangguan di rumah tersebut. Dua orang pakar paranormal itu menyatakan bahawa rumah tersebut sudah dicemari dengan entiti tersebut dan ianya akan bertukar menjadi kecelakaan jika tidak dibersihkan.
Namun, amalan mengusir menggunakan teknik exorcism (rasukan) tidak mampu dilakukan kerana keluarga Perron bukanlah keluarga yang kuat bergama. Mereka pernah cuba menghalau entiti di dalam rumah tersebut sekali, tapi ianya menjadi pengalaman ngeri buat dua pakar paranormal tersebut.
Ed dan Lorraine Warren juga ialah manusia yang bertanggungjawab memberi konklusi kepada keluarga ini bahawa roh Bathsheba yang bertanggungjawab menghantui mereka.
Kesimpulan
Kebenaran kisah pengamal ahli sihir bernama Bathsheba semestinya sesuatu yang diragui. Tiada bukti sahih mengenai kewujudan ahli sihir ini dan juga kaitannya dengan gangguan. Ramai pendapat menyatakan bahawa bukan rumah itu yang berhantu, tetapi sebaliknya keluarga Perron itu sendiri yang mempunyai masalah. Dengan bukti sahih gangguan yang tidak konkrit, ramai yang beranggapan kaitan gangguan keluarga Perron dan Bathsheba ialah sesuatu yang rekayasa.
Namun, terpulang kepada anda untuk percaya.
0 Ulasan