Ulasan Filem : Star Wars The Last Jedi (2017)



Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Rian Johnson
Pelakon | Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega

Star Wars The Last Jedi kini menjadi antara filem yang dinantikan tahun ini. Selain menjadi sekuel terbaru kepada trilogy terkini selepas pemilikan Lucasfilm oleh Disney, filem ini juga akan menjadi filem terakhir pelakon Carrie Fisher yang mana meninggal dunia pada Disember 2016. Semestinya, melihat bagaimana watak ini bakal dimatikan atau diteruskan adalah satu perkara yang menarik sekali untuk ditunggu. 

Emosional, padat dengan perang, dan penuh twist! Itulah yang aku dapat simpulkan selepas selesai menonton filem The Last Jedi. Secara peribadinya, aku boleh simpulkan bahawa ini ialah filem Star Wars dalam trilogi baru yang lebih hebat dan membawa aura yang lama ditunggu semenjak The Force Awaken. 

The Last Jedi bermula dimana The Force Awakens berhenti. Ianya sebuah filem yang berkesinambungan terus daripada filem pertama tetapi dengan roh yang sangat lain. Ianya dipenuhi dengan dendam kesumat yang membara, keinginan untuk mencari sesuatu dan juga yang paling emosi, tribute kepada yang telah pergi. 

Sepanjang filem ini, aku kerap tertunggu-tunggu di manakah watak Princess Leia akan ditamatkan untuk memberikan simbol kepada pemergiannya di dunia nyata. Pada masa yang sama, aku kerap kali menduga bagaimana nasib Ben Solo dan Rey yang sememangnya antara elemen besar dalam filem ini. Dan pelbagai perjalanan filem ini dipenuhi liku yang tidak dapat dijangka. 

Jujurnya aku kurang gemar The Force Awakens. Namun, sebagai setup kepada trilogi baru, ianya masih boleh dihadam. Tapi, The Last Jedi, aku boleh katakan ini ialah my personal fevret. Kenapa? Kerana ianya dipenuhi dengan aksi perang yang padat dalam durasi masa 2 jam 45 minit. Malah, misi dalam filem ini juga pelbagai sehinggakan sukar untuk menjangkakan apa yang bakal terjadi seterusnya. 

Ternyata, jika ramai yang menyangkakan Rogue One antara filem dalam universe yang terbaik, The Last Jedi menjadi filem dalam episode Star Wars yang paling hebat. Finn, Rey, Kylo Ren, dan juga watak-watak penting kali ini kelihatan bergerak pantas ke sana sini dan cuba untuk menyelesaikan masalah dan misi masing masing dan ianya sangat menarik. 

Boleh aku katakan bahawa The Last Jedi sebenarnya merujuk kepada kisah Rey dan Luke Skywalker dan Kylo Ren. Namun, ianya disulami dengan kisah saspen pengembaraan Finn dan Rose yang cuba untuk menyelesaikan misinya. Dan ianya sangat menarik sekali walaupun kelihatan tidak penting untuk keseluruhan cerita. Durasi dua jam lebih memang sangat pendek rasanya. 

Paparan perang di angkasa dijayakan dengan baik dan penuh saspen. Dan pelbagai watak yang wujud dalam The Last Jedi membawa pelbagai rasa tegang dan cemas sepanjang filem ini berlangsung. Dan percayalah, kehebatan Star Wars di era baru ini sudah dibuktikan dengan bangkitnya filem The Last Jedi ini. 

Secara peribadinya, aku agak kurang gemar dengan idea misi mencari tracker untuk menghalang kapal Snoke dari mengekori kapal Resistence. Kelihatan idea tracker ini seperti tidak masuk akal kerana jika tracker itu dipasang untuk menjejak Resistence, semestinya akan ada pembelot di dalam kapal Resistence yang membantu. Macam tak logik! (kemaskini: idea tracker ini sembenarnya sudah diberitahu dalam Rogue One, klik untuk baca)

Malah, terlalu banyak watak yang dimatikan di dalam filem ini dengan suicide mission yang pada aku agak terlalu banyak dan melampau. Mungkin ianya dimatikan supaya beberapa karakter baru dalam filem-filem seterusnya boleh dihidupkan supaya francais ini kelihatan lebih segar. Redho! Dan paling mengecewakan apabila teralu banyak misi yang berakhir dengan kegagalan seperti sengaja mahu memperpanjangkan filem ini. 

Perperangan akhir di planet garam tu sememangnya gempak. Ianya dipenuhi emosi apabila Kylo Ren memaparkan jiwa hitamnya dalam kuasa maksimum. Pertempurannya bersama Luke Skywalker sangat epik dan sekaligus memberikan rasa emosi yang hebat dalam pertarungan akhir itu. Tapi, apa yang paling mencemaskan semestinya nasib Princess Leia, kerana aku nak tahu dimana babak kematiannya, kah kah kah! 

Filem Star Wars yang padat dengan emosi, dendam kesumat dan pertempuran hebat! Nah, The Last Jedi pastinya akan memuaskan peminat Star Wars yang dahagakan filem yang dipenuhi dengan twist dan juga pertempuran hebat ini. The Last Jedi kelihatan seperti sebuah pintu baru untuk membuka ruang baru kepada francais ini. Dan ianya amat menarik untuk melihat bagaimana filem ke sembilan yang akan datang selepas filem ini tamat. 

8.5/10

Catat Ulasan

0 Ulasan