Watak Princess Leia semestinya antara watak ikonik dalam filem Star Wars yang dikenali ramai. Mungkin bagi yang pernah menonton filem Star Wars, anda mungkin pernah perasan baju Princess Leia yang labuh dan juga longgar. Semestinya ianya kelihatan sopan dan tidaklah seksi kecualilah ketika pelakonnya, Carrie Fisher mengenakan bra emas yang popular itu.
Tetapi, tahukah anda bahawa George Lucas berjaya meyakinkan Carrie Fisher untuk menanggalkan bra sebelum mengenakan pakaian putih itu ketika penggambaran filem Star Wars? Nah, ini fakta aneh yang mungkin jarang anda semua ambil tahu. Carrie Fisher pernah menceritakan hal ini dalam satu temubual bersama HBO.
"So they put the dress on me the first day and bring me to George. He takes one look at me and he says, 'you can't wear a bra underneath that dress', so I said, 'why?', and he said, 'because there's no underwear in space'. And the man said it with such conviction too."
Dalam satu temubual lagi bersama SyFyWire, pelakon ini menjelaskan tentang sebab kenapa George Lucas menyatakan tiada bra di angkasa.
"He explained that in space you get weightless, and so your flesh expands. What? But your bra doesn't, so you get strangled by your bra. That's why I couldn't wear a bra in the first Star Wars. George actually came backstage when I did the show in San Francisco and told me that."
Jadi, bagaimana Carrie Fisher cuba untuk menghalang buah dadanya daripada bergoncang dan mengelakkan ketidakselesaan? Jawapannya, George Lucas hanya menggalakkan buah dadanya ditampal dengan 'gaffer tape' untuk mengelakkan ianya bergerak terlalu banyak.
Carrie Fisher sememangnya terlalu komited untuk memainkan peranannya untuk memegang watak sebagai Princess Leia itu sehingga sanggup menunaikan kehendak George Lucas. Semestinya, dia sanggup buat apa sahaja kerana pelakon itu berada di ambang awal karier. Juga menurut beberapa sumber, Carrie Fisher memang banyak terlibat dengan masalah dadah ketika muda.
Dia dilaporkan sering mabuk dan khayal ketika penggambaran. Dalam satu temubual bersama Vanity Fair, dia pernah mendedahkan bahawa dia mendapat peluang untuk berlakon dalam Star Wars selepas tidur dengan seorang lelaki. Ketika itu, dia mabuk dan menyangkakan itu ialah George Lucas. Namun, sampai ke akhir hayatnya, dia tidak pasti siapakah lelaki yang menidurinya.
Carrie Fisher meninggal dunia pada 27 Disember 2016.
0 Ulasan